DESTINASI : TERENGGANU (4/12-6/12)
Bismillahirrahmanirrahim….dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih….
Assalamualaikum….alhamdulillah..baru kali ini ana dapat menulis, untuk menceritakan serba sedikit pengalaman ana secara individu mengembara ke beberapa buah negeri di dalam Malaysia. Alhamdulillah, dipanjatkan kesyukuran setinggi2nya kepada Allah SWT kerana telah memberi kemudahan kepada ana sepanjang perjalanan ini. Pada cuti sem kali ini, ana tidak terus pulang ke rumah sepertimana sahabat yang lain, ana sudah membuat perancangan awal untuk pergi ke Terengganu untuk berjumpa dengan seorang sahabat iaitu “kak yang”. Tiket sudah dibeli, dan ana akan bertolak malam. Berdebar juga rasanya, ya,…kerana ini kali pertama ana pergi secara bersendirian tanpa ada orang lain, dan tempat yang dituju agak jauh. Namun ana kuatkan semangat dan betulkan niat. Pada malam 4 hb, ana menaiki bus dan bergerak ke tempat duduk yg telah diminta.
Ana lebih selesa meminta tempat duduk “single” kerana rasa lebih selamat. Dengan perlindungan yang dipakai, ana menyakinkan diri, dan tawakal kepada Allah SWT.
Perjalanan dirasakan sangat panjang. Ana tidak boleh melelapkan mata untuk tempoh yang lama..kerap kali terjaga setiap kali bus berhenti untuk menurunkan penumpang atau mengambil penumpang..takot2 terlepas tempat yang dituju, gawat ana nanti..padahal, destinasi yang terakhir sudah semestinya kuala Terengganu, tetapi perasaan bimbng dan risau itu tetap ada, maklumlah kali pertama. Bermula pukul 10 malam, ana selamat sampai di stesen kuala Terengganu lebih kurang pukul 5.30 pg. sangat besar stesennya dan ana agak “hilang” buat sementara waktu kerana tidak tahu mana tempat untuk dituju. Jadi ana pun bergerak ke kawasan yang ramai orang untuk rasa lebih selamat. Ana cuba telefon kak yang dan kak de…tetapi malangnya, tidak terangkat…berkali2 agaknya..sms pun…tetapi tidak berbalas….ini membuatkan ana agak cemas…tetapi ditenangkan hati…dan pergi ke tempat menunggu di hadapan 7 E…..hujan lebat pula menemani ana ketika itu…tiada yang dapat digambarkan ketika itu hanyalah “lahaulawalaquwwataillabillah”……ana kembali menghubungi kak yang.. jawapannya tetap sama….hanya operatornya sahaja membalas…
Jam menunjukkan pukul 6pg, azan subuh sudah pun berkumandang, berdasarkan pertanyaan kepada sahabat2 yang berwarganegerikan, Terengganu mengatakan terdapat sebuah masjid disekitar ini iaitu “Masjid Putih”….mereka sudah memberitahu lokasinya, tetapi ana masih tidak dapat mengecam, mungkin kerana keadaan yang gelap…orang yang menunggu disitu juga turut menghilang pulang ke rumah. Ini membuatkan perasaan ana makin tidak senang..Ya Allah, hambaMu ini berlindung pada Mu dari segala malapetaka, berikanlah aku jalan dan petunjukMu ya Allah…..ana membuat panggilan untuk kali yang ke berapa dan Alhamdulillah dapat, “kak yang, kak cik sampa doh nie, ade depang 7 E, dop subuh ag nie..ingat nok g masjid puteh nu, tapi dop tahu jalang”……”kak cik, cube negok surau alik atas tu bukok ke dop, g solat denu dulu, tekgi kak yang g”……”tapi kak yang, kak cik takot nok g sorang, beg2 ni guane, gelap jah supe xde orang, kak yang, sejid putih tu alik mane? “……pertanyaan yang ana berikan..setelah dapat mengagak kedudukan masjid tersebut, ana memutuskan talian.
Kak yang mengatakan mungkin agak lewat dia datang. Ana jenguk tingkat atas..memang gelap keadaannya, dan agak jauh…tidak berani pulak ana hendak pergi…mengenangkan yang ana belum lagi menunaikan solat subuh, ana bertekad untuk meredah hujan mencari masjid tersebut. “dop leh jadi nie, kene g gop…..xkn nok duduk cnie jah”……dengan lafaz “Bismillahirrahmanirrahim”, ana melangkah menyeberangi jalan dan bergerak ke arah bangunan KFC, menurut kak yang itu petanda untuk ke masjid tersebut….sayup2 kedengaran kuliyyah subuh yang diberikan oleh imam…ini membuatkan ana semakin berani dan yakin untuk pergi..ya kali ini benar2 ana rasakan yang ana hanya ada Allah dan kepada Allah ana serahkan segalanya. Suasana gelap dan sunyi menambahkan lagi debaran….dalam hati ini tidak henti menyebut nama Allah….sebaik sahaja sampai di selekoh ana memandang ke arah kanan, keadaan yang agak menakutkan..ana berhenti seketika dan memerhati keadaan sekeliling........
to be continued..............=)
0 comments:
Post a Comment