BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Bismillah

~ Jalan MUJAHADAH itu pahit....kerana SYURGA itu manis......~

Thursday, January 6, 2011

~KEMBARA UKHUWWAH 2010~

CONTINUED.............


Suara imam makin jelas di pendengaran, ya ana tahu ana sudah dekat…ya.. nak atau tidak ana mesti tempuh jalan itu…dengan beg (batu bata), dan beg galas (simen), yang ana bawak dari kolej, ana meredah kegelapan dalam manik2 hujan…Alhamdulillah, syukur ya Allah..ana dapat lihat jelas didepan mata ana masjid putih…lantas ana masuk dan mencari kawasan untuk muslimat….sejuk x dapat digambarkan dan agak mengigil…setelah meletakkan barang, ana bergegas mengambil wudhuk dan bersolat kerana jam sudah menunjukan pukul 6.30 pg……setelah selesai, ana duduk dan merenung….memang ana sendiri tidak percaya betulkah aku yang berada dalam masjid ini, betulkah aku sudah berada disini….

sms diberikan kepada mama, memberitahu anaknya ini sudah sampai…dan satu sms lagi diberikan kepada kak yang, bertanyakan dimana dia berada sekarang..kak yang membalas kemungkinan dia datang agak lewat kerana terdapat beberapa masalah…tidak mengapa…terasa ana ini seperti menyusahkan dia pula….ana mengemas barang2 dan duduk di luar..terasa lapar pula perut ini, ya la….ana tidak menjamah apa2 makanan pun, hanya berbekalkan 3 bungkus roti. Itupun dalam bus ana makan separuh bungkusan pertama roti…ana menghabiskan separuh roti tersebut dan 2 bungkusan lagi ana simpan. Keadaan di dalam masjid semakin suram…makcik2 yang datang untuk membersihkan kawasan masjid telah datang. Ana lebih mendiamkan diri dan memerhati (seperti bukan diri sendiri)….


keadaan tiba2 menjadi kecoh dan riuh secara tiba2, semakin ramai kanak2 dalam usia 6-12 tahun datang, ya mereka ada belajar agama pada hari ini….menghafaz al-Quran….kanak2 wanita melintasi ana untuk pergi berwudhuk…..senyuman manis mereka berikan kepada ana, dan ana membalasnya….” Alhamdulillah, bagus anak2 kecil ini”…terasa betapa kurangnya diri ana ini berbanding dengan mereka…ana duduk disitu tidak lama, kerana makcik tadi meminta ana pergi ke sebelah depan masjid kerana mereka ingin menyambung kerja2 mencuci…ana pun mengangkut barang2 ana dan  duduk di tangga depan masjid….malu rasanya hendak masuk sekali dengan kanak2 yang sedang belajar di dalam…biar ana duduk diluar sahaja….jam sudah menunjukkan pukul 8 pg..semakin lama semakin ramai ibu bapa yang menghantar putera dan puteri mereka untuk belajar ilmu mengenal Allah….di bahagian luar ana dapat mendengar lagu selawat ke atas Nabi Muhammad SAW….tersentuh hati….sebak menghimpit  dada, hiba mengamit rasa…..ya…selasa ini, bermula episode tahun hijrah yang baru….1 Muharram 1432…..penghijrahan dan pengorbanan Rasulullah tergambar diingatan…..semoga putera dan puteri ini dapat menjadi mujahid dan mujahidah islam di masa hadapan….

Hampir pukul 9, sebuah kereta datang, dari jauh ana dapat melihat seorang wanita bertudung labuh datang menghampiri ana, suara hati kuat mengatakan ya itu kak yang…kerana ini adalah perjumpaan kami yang pertama, dan dia juga mudah sahaja mengenali ana kerana dengan bantuan  “perlindungan” yang ana pakai…ana bersalaman dan memeluknya..ana mengikutinya ke kereta dan terdapat seorang lagi sahabat kak yang didalam….ana juga bersalaman dengannya….dalam kereta, masing2 diam, ya mungkin kerana ini kali pertama, dan agak janggal..mungkin kerana belum biasa…tetapi ana cepat2 suaikan diri….mereka bertanyakan sudah sarapan atau tidak, ana hanya mengatakan sudah mengambil roti pagi tadi…(sememangnya lapar )….dan mereka pun berhenti di sebuah pasar yang ana tidak ingat namanya…bermacam2 jenis makanan yang dijual, dari kuih, kerepek, hinggalah ke nasi dan lauk pauk….ana memilih untuk makan “nasi dagang”, ya lah..sudah datang ke terengganu apa lagi juadahnya….setelah membeli ala kadar, kami bergerak ke hostel kak yang.....

Kak yang membawa kami pusing2 sekitar kawasan kampusnya, memang besar dan menarik…dan membawa kami ke biliknya. Setelah mengemas ala kadar, kami bersiap2 untuk bersarapan  (jam nak dekat kol 11)…..sahabat kak yang tadi pergi ke tandas utk membasuh tangan….kak yang menunjukkan satu gambar dan bertanya kepada ana, adakah ana mengenalinya, ana tidak berapa cam..tetapi mukanya agak familiar..memandangkan muka ana yang agak “blur2” seperti syiling 1 sen, kak yang pun memberitahu,yang tadi tu sebenarnya kak de….

Ya Allah…patut laaa…..ana telah dikelentong sedikit oleh mereka…huhu…sedih jugak rasenye…kak yang menyuruh ana diam…”dakpe kak yang, hehe…negok la tekgi”….setelah “kak de” masuk, ana dengan selamba berkata ,  “ kak de nok air nape?? Meh kak cik watkan”….terkejut dia dan bilik itu bergegar seketika (2minit) dengan ketawa kami….ana bacakan doa makan dan kami pun makan (dengan lahapnya)…..sambil2 itu, kami berbincang ke mana arah tujuan seterusnya…ana lebih mendiamkan diri dan hanya mengikuti sahaja keputusan mereka…ya la memandangkan ana ini “pendatang baru” dan memang tidak tahu menahu mengenai tempat di Terengganu ini.......


TO BE CONTINUED.......

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...