BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Bismillah

~ Jalan MUJAHADAH itu pahit....kerana SYURGA itu manis......~

Wednesday, June 23, 2010

~Peliknya Manusia??~





Pelik ya, duit RM50 kelihatan begitu besar bila di bawa ke kotak derma masjid,
Tapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket.


Pelik ya, 30 minit terasa terlalu lama untuk berzikir,
Tapi betapa pendeknya waktu itu untuk satu cerita komedi.


Pelik ya, betapa lamanya satu jam berada di masjid,
Tapi betapa cepatnya dua jam berlalu saat menonton wayang di panggung.


Pelik ya, tak sampai 30 minit dengar khutbah jumaat, dah rasa jemu,
Tapi tak pernah puas dengar lagu kesukaan kita walaupun dah ulang dua tiga kaset berkali – kali.


Pelik ya,dengar iklan jaulan murah dalam TV, rasa tak sabar – sabar nak pergi beli belah,
Tapi dengar laungan azan tak sabar – sabar nak tukar channel lain.


Pelik ya, pasar malam jauh sanggup naik kereta pergi,
Tapi masjid dekat dengan rumah rasa berat pula kaki nak melangkah pergi.


Pelik ya, susah sungguh merangkai kata untuk dipanjatkan saat berdoa atau solat,
Tapi betapa mudahnya cari bahan bersembang dengan kawan – kawan.


Pelik ya, betapa seruan dan teriakan yang berpanjangan waktu pertandingan bola sepak jadi kegemaran kita,
Tapi betapa bosannya bila imam solat Tarawih bulan Ramadhan bacaannya lama dan panjang.


Pelik ya, rasa susah sungguh untuk habiskan al – Quran walau satu halaman,
Tapi majalah hiburan dan novel best – seller 100 halaman pun habis dilahap.


Pelik ya, ramai orang berebut paling depan untuk menonton bola atau konsert,
Tetapi berebut cari saf paling belakang bila solat Jumaat supaya boleh cepat keluar.


Pelik ya, susahnya orang mengajak menyebarkan dakwah,
Tapi mudahnya orang menyertai dan menyebarkan gossip.


Pelik ya, kita begitu percaya pada yang dikatakan di email yang laying di internet,
Tapi kita sering mempertikaikan apa yang dikatakan al – Quran.


Pelik ya, kita boleh mengirimkan ribuan jenaka dan surat berantai dalam email,
Tapi bila mengirim yang berkaitan dengan ibadah sering berfikir dua tiga kali.


Pelik tak kita…?
Tepuk dada… tanyalah iman di hati.


p/s : huhu ana sendiri pun terase..same dengan jer dengan yg atas...semoga dapat dikongsi bersama ye..peringatan buat ana sendiri dan sahabat......(^_^)

~ Petikan Majalah Anis Jun 2004~

Edited by : Jilbab_Hitam

Monday, June 21, 2010

~Muslimah Harapan~


Persismu permata berlian menjadi rebutan pejuang
keutuhan yang tersimpan di balik tabir yang tenang.......
Keayuan yang terpancar disinar cahaya iman
        itulah muslimah harapan muslimah harapan... 

Gerak langkahnya yang sopan disulam zikir di ingatan
keyakinan yang mendalam menjadi tangan perjuangan
        Jasad hayatnya diserahkan untuk sebuah perjuangan
        itulah muslimah harapan.......

Muslimah puteri harapan
dikaulah harapan membela Islam yang mulia
muslimah puteri harapan dikaulah cahaya
menjadi lambang Islam yang gemilang... 

        Puteri harapan serikandi Islam
        tetaplah kau dalam perjuangan
        menjadi sayap kiri di medan
        meneguhkan benteng pertahanan Islam.....

Gamitan leka duniawi tersungkur jauh di hatimu
kau sematkan kecintaan yang mendalam
terhadap Tuhanmu...juga untuk suami tersayang
        kau didik generasi mendatang
        untuk agama tercinta.....


edicted by: Jilbab_hitam

Monday, June 14, 2010

~Buang Anak Makin Bermaharajalela!! ~

Inilah isu yang sedang hangat diperkatakan sekarang diMalaysia..ana terpanggil untuk membincangkan sedikit mengenai permasalahan yg sedang hebat melanda negara kita...kes2 buang anak makin kerap dipaparkan dimedia massa mahupun media elektronik..masyaAllah...kes ini boleh disamakan dengan kes bunuh yg lain...mengapa ini boleh terjadi? bukankah anak itu anugerah Allah yg teragung? kemanakah hilangnya nilai2 kemanusiaan? adakah kesalahan diri sendiri, bayi yg tidak berdosa itu menjadi mangsa?? nauzubillah.....disini ana selitkan beberapa info yang dapat ana kongsikan bersama2.....

ini adalah artikel yg ditulis oleh seorang Peguam Syarie :

Peguam Syarie Menulis - Buang Anak


Sebak sedih terharu marah geram dan pelbagai-bagai lagi perasaan menyelubungi diri ini apabila melihat gambar bayi comel yang dihurungi semut di dalam dada-dada akhbar beberapa hari ini. Lebih menyesakkan dada apabila dua hari lepas dipaparkan pula kejadian dahsyat tanpa perikemanusiaan di mana seorang bayi dicampakkan ke dalam tong sampah dan dibakar di Kuala Krai, Kelantan. Kejadian ini amat kejam dan kejadian tersebut adalah kejadian keempat kes buang bayi yang dilaporkan sepanjang minggu ini sahaja

Isu buang bayi ini bukanlah isu baru, dahulu ia pernah hangat seketika kemudian kembali senyap tetapi kini semakin menjadi-jadi. Sebelum dari ini kita banyak mendengar berita beberapa kejadian dengan banyaknya penemuan bayi tidak berdosa, kebanyakannya hanya tinggal jasad, dengan litupan hanyir sampah sarap dan gigitan semut merah.

Kita membaca lagi berita mengenai dua mayat bayi ditemui di Pulau Pinang - seorang daripadanya lelaki, ditemui di depan pintu tandas wanita di tingkat satu Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar). Mayat bayi kedua masih masih lagi berdarah, terapung di perangkap sampah dalam kolam Indah Water Konsortium (IWK), berhampiran Pusat Perniagaan Asas Murni Taman Sukun.

Perangkaan ibu pejabat polis persekutuan Bukit Aman mendapati 65 kes buang bayi dicatat pada 2000 dan meningkat kepada 83 kes tahun lalu. Selangor mencatatkan angka tertinggi iaitu 22 kes (pada 2000) dan 24 kes (2006). Daripada jumlah tahun lalu, 79 kes membabitkan kes pembuangan bayi yang baru dilahirkan dan empat lagi kes pembuangan janin.Perkara ini bukanlah perkara yang boleh dibuat main-main dan ianya harus dipandang serius permasalahan ini kerana ia berkaitan dengan isu wanita dan juga keluarga.

Dalam kita membincangkan kes buang bayi ini kita tidak dapat lari dari isu anak luar nikah. Di dalam membincangkan isu anak luar nikah ini pula kita tidak dapat lari dari persoalan zina yang makin berleluasa di kalangan umat Islam kebelakangan ini. Justeru itu untuk membendung permasalahan seperti ini dari terus terusan berleluasa maka jalan yang boleh melorongkan ke arah perlakuan zina ini harus ditutup serapat-rapatnya. Hal ini telah dijelaskan oleh Allah di dalam firmannya di dalam surah Al-Isra ayat 17 yang bermaksud Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan keji dan suatu jalan yang buruk”.

Ayat di atas secara jelas menyentuh tentang zina di mana umat Islam adalah dilarang melakukan zina kerana kesannya dalam masyarakat adalah amat buruk. Kesannya bukan sahaja kepada individu tersebut malahan kepada masyarakat kerana kesannya akan memberi impak kepada keturunan, malah ianya juga boleh mengundang kepada jenayah lain seperti membunuh. Ini yang berlaku hari ini di mana bayi yang lahir dari perut ibunya sanggup dibunuh dengan kejam dengan membakar bayi tersebut dengan tanpa belas kasihan bagi tujuan menghilangkan bukti kononnya.

Secara tidak langsung ianya menggambarkan perlakuan pelakunya adalah suatu tindakan kebinatangan yang harus dibendung dengan segera. Malahan tindakan tersebut lebih buruk dari binatang kerana ada binatang yang menyayangi anak mereka.

Justeru itu tindakan yang proaktif harus di ambil oleh semua pihak kami membendung gejala ini diperingkat akar umbi. Maksud dibendung ini adalah membendung dari peringkat awal dari berlakunya jenayah ini dan bukannya mengambil tindakan yang berbentuk sementara dengan melaungkan idea agar sebuah rumah membuang bayi didirikan agar remaja yang terbabit meletakkan anak tak sah mereka di situ. Perkara ini akan mengundang ke arah tindakan negatif dan kurang berhemah kerana tindakan ini akan mengundang kepada berlakunya perzinaan kerana remaja ini tidak perlu gusar dan bimbang kerana jika perkara ini berlaku mereka ada tempat perlindungan bagi bayi-bayi yang mereka tidak inginkan kelahirannya.

Tindakan undang-undang harus diambil terhadap mereka yang terlibat dengan perzinaan ini kerana kesannya buruk sehingga mengundang kepada permasalahan buang bayi ini. Secara normalnya pasangan suami isteri yang mempunyai ikatan yang sah tidak akan membuang bayi mereka. Tindakan membuang bayi ini adalah hasil dari hubungan oleh pasangan yang tidak mempunyai hubungan perkahwinan yang sah justeru melahirkan anak dengan tanpa mereka inginkan anak tersebut. Akibatnya bayi tersebut dibunuh semata-mata bagi menutup aib mereka di mana di sini dua perlakuan dosa besar dilakukan oleh mereka iaitu berzina dan membunuh.

Di Negara kita perlakuan tentang kesalahan zina ini adalah terbatas. Oleh kerana keterbatasan pelaksanaan hukum syarak dalam ruang lingkup negara Malaysia maka kesalahan zina lebih dikenali dengan persetubuhan luar nikah dalam Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah-Wilayah Persekutuan 1997 di dalam Seksyen 23 manakala di Selangor pula di dalam Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995.

Peruntukan di dalam Akta tersebut memperuntukan sekiranya

Mana-mana orang lelaki atau perempuan melakukan persetubuhan dengan orang perempuan atau lelaki yang bukan isterinya atau suaminya yang sah adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi rm 5000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 3 tahun atau disebat tidak melebihi 6 kali sebatan atau dihukum bagi mana-mana kombinasi hukuam itu.

Selain itu juga peruntukan tersebut menyebut bahawa seorang perempuan melahirkan anak yang sempurna sifat dalam tempoh yang kurang daripada enam bulan qamariah dari tarikh pernikahannya atau hamil luar nikah akibat persetubuhan yang direlakan dan tahu kesalahan yang sedang dilakukannya maka kedua-dua keadaan tersebut telah mencapai tahap prima facie yang disabitkan Mahkamah Syariah boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau mana-mana kombinasi hukuman-hukuman itu.

Sewajarnya disebabkan perlakuan zina ini memberi kesan yang buruk pada masyarakat maka hukuman yang berat serta setimpal wajar dikenakan terhadap perlakunya samada lelaki atau wanita agar permasalahan yang timbul kesan dari perlakuan tersebut seperti masalah buang bayi ini tidak akan timbul pada masa-masa akan datang. Peruntukan undang-undang terhadap hukuman terhadap pesalah zina ini harus dipinda dan dikaji dengan memberikan hukuman yang berat agar permasalahan seumpama ini dapat dibendung selain kita membendung dari peringkat awal.

Selain membendung dari sudut undang-undang ibu bapa juga berperanan untuk menjadi ibubapa yang baik dan bertanggungjawab agar anak dapat dididik dengan baik. tanamkan nilai keagamaan dari kecil lagi. Tetapi ingat Jangan memaksa anak-anak remaja kerana desakan anda akan menolak mereka kepada teman yang lebih rapat. Mereka boleh terjerumus jika teman yang dipilih salah. Ibu bapa adalah orang terbaik untuk memberi pendidikan seks kepada remaja. Jika ibu bapa tidak melakukannya, mereka akan mencari ilmu ini dari kawan di internet. pasti perkara buruk berlaku.

kalau dahulu, kes buang anak ini mungkin ligat berlaku dibandar2 besar, seperti kuala lumpur yg kita tahu gejala sosialnya tinggi...tetapi apa yg menyedihkan sekarang adalah kes buang anak ini boleh berlaku dimana2 sahaja di seluruh malaysia. salah siapa?diri sendiri? masyarakat? ibubapa? pemimpin? tepuk dada tanya selera...siapa makan cili dia, dialah akan terasa pedasnya....wahai kaum wanita, mengapa kalian menjerumuskan diri kalian didalam kancah zina?? kalian sudah melakukan larangan Allah dengan berzina, inikan pula kalian juga menjadi seorang pembunuh!!! bangkitlah wahai kaum hawa...sedarlah...


Kes buang bayi, zina berleluasa berkesan diselesai ikut penguatkuasaan hukum syarak

CADANGAN Senator Ahmad Hussin di Dewan Negara supaya bapa kepada bayi yang dibuang di negara ini dikenakan hukuman kasi bagi mengajar golongan lelaki yang terbabit supaya lebih bertanggungjawab, menarik perhatian saya.

Seingat saya cadangan ini bukanlah cadangan baru. Sebelum ini juga, ada cadangan agar lelaki yang mempunyai rekod jenayah seksual dipakaikan cawat besi bagi mengekang hawa nafsu dan naluri lelaki terbabit.

Begitu juga cadangan supaya lelaki yang disabitkan atas jenayah seksual diasingkan di suatu tempat yang jauh daripada wanita.

Semua cadangan di atas dibuat bagi mencari penyelesaian dalam menghadapi gejala sosial dan pembuangan bayi. Hukum yang dicadangkan itu pula tertumpu kepada pesalah yang melakukan kesalahan itu tanpa mengambil kira akar umbi kenapa gejala sedemikian berleluasa.

Memang benar semua hukuman di atas adalah dari sudut logik akal amatlah munasabah bagi mengekang gejala jenayah seksual ini. Memang tidak dapat dinafikan lagi lelaki yang dikenakan hukuman kasi itu tidak akan dapat melakukan hubungan seksual selepas itu.

Namun kemampuan akal fikiran tidak dapat menjangkau apa yang berada di luar kotak pemikiran seseorang atau apa yang akan berlaku pada masa akan datang. Itulah sebabnya selain daripada dalil aqli ini, manusia perlu bergantung kepada dalil naqli iaitu apa yang ditetapkan oleh Allah SWT bagi manusia dan semesta Alam.
Allah Maha Pencipta dan Maha Mengetahui apa yang tersurat dan juga apa yang tersirat. Kebergantungan kepada hukum Allah ini adalah kewajipan bagi setiap umat Islam.

Di dalam al-Quran, Surah An Nur ayat 1-2 ada menyatakan yang bermaksud:
“Ini adalah satu surat yang Kami turunkan dan Kami wajibkan (menjalankan hukum yang ada di dalamnya), dan Kami turunkan di dalamnya ayat-ayat yang jelas, agar kamu selalu mengingatinya. Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, maka deralah (rotanlah) tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali dera (rotan). Dan janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah dan Hari Akhirat. Dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan dari orang yang beriman.”

Oleh yang demikian adalah jelas di dalam Islam hukuman bagi orang yang melakukan perzinaan adalah dirotan 100 kali seperti diperuntukkan di dalam ayat di atas. Namun oleh kerana kita tidak sering merujuk kepada sumber perundangan Islam, muncul pelbagai saranan mengenai penyelesaian sesuatu perkara.

Yang lebih teruk lagi ialah apabila sesuatu perkara itu dirujuk kepada agama, timbul suara-suara yang mempertikaikan peranan agama di dalam mengawal moral atau akhlak manusia. Tidak keterlaluan juga dikatakan, ada sesetengah golongan meletakkan hak asasi manusia pada tempat terlalu tinggi sehingga menjangkaui kedudukan sebenar.

Bukanlah saya ingin mengetepikan hak asasi manusia, namun hak itu perlu diimbangi dengan tanggungjawab manusia khususnya umat Islam sebagai hamba Allah di muka bumi ini.

Berbalik kepada persoalan penyelesaian kemelut pembuangan bayi itu, sudah seharusnya kita berbalik kepada hukum Islam yang menjadi paksi dan jati diri kepada masyarakat Malaysia sesuai dengan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.

Islam mementingkan keadilan, keadilan di dalam Islam bukan saja diberikan kepada mangsa jenayah, malah juga kepada keluarga mangsa dan pesalah itu sendiri. Mangsa dan keluarga mangsa jenayah umpamanya dalam hal tertentu boleh mendapat ganti rugi atau ‘diyat’ daripada pesalah atau keluarga pesalah, malah kuasa mengampun pesalah juga ada pada mangsa serta keluarga mangsa berbeza dengan undang-undang sivil yang kuasa pengampunan berada di tangan ketua negara.

Sifat hukuman di dalam Islam iaitu mendidik dan menghalang perlakuan jenayah diulangi, berjaya menurunkan kadar jenayah di negara yang mengamalkan undang-undang Islam seperti Arab Saudi. Oleh hal yang demikian amatlah penting bagi kita merenung kembali apakah kaedah penyelesaian yang perlu kita sarankan bagi menangani gejala sosial di negara kita ini.

Dalam menggarap formula menangani gejala seksual yang berleluasa dan masalah sosial yang tidak nampak kesudahannya ini, amatlah penting bagi kita semua memahami bahawa kemampuan akal fikiran manusia adalah terbatas. Janganlah terlalu teruja dengan logik akal kerana akal itu sendiri adalah makhluk Allah.

Bukanlah saya tidak bersimpati atau prihatin nasib malang bayi yang dibuang itu, namun jalan penyelesaian yang dicari hendaklah dapat merungkai permasalahan sebenar hingga ke akar umbinya. Tidak ada hati yang gembira apabila melihat gambar bayi yang dibuang itu terpapar di dada akhbar.

Ibu bapa yang membuang bayi itu lebih teruk daripada haiwan yang menjaga dan mempertahankan anak-anaknya. Sistem perundangan Islam adalah jalan penyelesaian terbaik segala permasalahan yang sedang dan akan kita hadapi.


oh Ayah! oh Ibu! apakah dosaku???







masyaAllah...nauzubillah...marilah kita kembali kepada Allah...tinggallah perkara2 yg dilarang...sesungguhnya Allah maha pengampun lagi maha penyayang...marilah kita sama2 bertaubat dan memanjatkan doa kepada Allah....wallahu'alam.


sumber rujukan : persatuan peguam syarie malaysia, wikipedia
pusat pembangunan pondok berhad, wordpress.

Edicted by : J_H

~Aurat wanita, Apa sudah jadi??~



Assalamualaikum...alhamdulillah dapat sekali lagi ana mencoretkan sedikit maklumat yang ana harap dapat dikongsikan bersama-sama...ana tertarik dengan karangan ustaz hj Zaharuddin b. Hj Abd Rahman mengenai aurat wanita...insyaAllah boleh dimanfaatkn kepada seluruh kaum muslimah....

Mengikut syariat atau ingin sekadar cantik?

itu yg menjadi ikutan wanita zaman sekarang...ya..memakai tudung...tetapi sekadar untuk kelihatan cantik..tetapi adakah memakai tudung itu benar2 mengiku garis panduan yg telah diberikan? itu persoalannya... Lebih terangnya, sama-sama fikirkan adakah jika para wanita yakin bahawa jika anda berada di hadapan Baginda SAW hari ini, adakah Rasulullah akan tersenyum atau sebaliknya? . Jika sebaliknya, bagaimana pula peluang wanita seperti ini untuk mendapat Syafaat Nabi SAW di akhirat kelak?. Benar, mungkin sesoerang wanita itu berjaya meraih pandangan istimewa dari kaum lelaki hasil pendedahan kecantikannya yang memukau. Tapi keseronokan itu hanyalah palsu dan sementara sahaja, serta tidak menambah sebarang nilai buat kehidupan kekal di Barzakh dan Akhirat selain menambahkan tahap azab sahaja. Apa yang jelas, pakaian yang ditunjukkan oleh wanita Arab yang solehah dengan penutupan aurat yang sempurna di zaman ini sudah tentu boleh memberi sedikit info kepada kita bahawa inilah mugkin pakaian yang dipakai oleh wanita Islam di zaman Nabi serta mendapat redha dari mata dan hati baginda SAW. Tidakkah para wanita hari ini juga berminat meraih redha dari mata dan hati baginda SAW?.


BENARKAH MENUTUP AURAT DAPAT MENGELAK DARI WANITA DISAKITI?

Ramai wanita professional dan yang kurang didikan agama hari ini mencebik bibirnya apabila tajuk ini disebutkan, mereka tidak percaya langsung fakta yang saya sebut diatas. Malah ada yang berpendapat lelaki sengaja melakukan perkara buruk kepada wanita kerana ingin menunjukkan kekuasaannya terhadap wanita. Kerap benar saya dengar hujah ini di media massa.

Hakikatnya, sebagai hamba Allah SWT dan umat Rasulullah SAW kita diajar untuk merujuk Al-Quran dan Al-Hadith bagi mendapat kepastian tentang baik buruk dan benar salahnya sesuatu perkara itu. Dalam hal ini, Allah SWT berfirman :-

"Hai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu'min semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka atas (muka-muka) mereka. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam) supaya mereka tidak diganggu." (al-Ahzab: 59)

Jilbab, iaitu pakaian yang lebarnya semacam baju kurung untuk dipakai oleh kaum wanita bagi menutupi tubuh badannya. Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi menerangkan "Sebahagian perempuan Jahiliah apabila keluar rumah, mereka suka menampakkan sebahagian kecantikannya, misalnya dada, leher dan rambut, sehingga mereka ini diganggu oleh laki-laki fasik (jahat) dan yang suka berzina, kemudian turunlah ayat di atas yang memerintahkan kepada orang-orang perempuan Islam untuk melabuhkan jilbabnya itu sehingga semua bahagian-bahagian tubuhnya yang boleh membawa fitnah itu tidak kelihatan. Dengan demikian secara zahirnya pula mereka itu akan dikenali sebagai wanita yang terpelihara (‘afifah) serta tidak mudah diganggu oleh orang-orang yang suka kejahatan atau orang-orang munafik.

Jadi jelasnya, bahawa ayat tersebut memberikan ‘illah (alasan) utama perintah ini adalah kerana bimbang wanita muslimah diganggu oleh orang-orang fasik dan menjadi perhatian orang-orang yang suka berzina. Bukanlah ketakutan yang timbul dari perempuan itu sendiri atau karena tidak percaya kepada mereka, sebagaimana anggapan sebahagian orang, tetapi ia adalah kerana sebahagian wanita yang suka menampakkan perhiasannya, berjalan dengan penuh lenggang lengguk dan bicaranya dibuat-buat manja, sering menarik perhatian nafsu lelaki dan menjadikannya sasaran orang-orang yang suka berzina. (Petikan dari kitab Al-Halal wal Haram fil Islam dengan sedikit pindaan)

Ayat ini juga jelas menunjukkan bahawa salah satu target utama menutup aurat yang diletakkan oleh Allah SWT adalah sebagai kaedah dan cara terbaik bagi mengelakkan wanita Islam dari diganggu dan disakiti.


Tetapi timbul pula persepsi dimana yang menjadi mangsa keganasan kaum wanita terutamanya kes rogol adalah wanita yg bertudung..bagaimana??mereka menganggap bertudung itu bukan lagi penyelemat...jadi bagi mereka bertudung atau tidak adalah benda yang sama...masyaAllah.... Mari kita lihat bagaimana pendekatan ust Zaharuddin kepada kaum wanita yg sebegini...

BANTAHAN KAUM WANITA

"Eleh, tetapi hari ini ramai juga wanita bertudung yang kena rogol, malah setengahnya kena bunuh dijerut dengan tudungnya pulak, kanak-kanak pun kena rogol dan bunuh. Ini maknanya, tudung bukan lagi penyelamat la ustaz. Ha..macam mana ustaz nak jawab tu ?. Hujah balas yang selalu saya dengar bila isu ini ditimbulkan.

"Pernah tak anda merasa amat marah sepanjang hidup anda ?" Tanya saya kembali.

"Pernah juga ustaz..kenapa ustaz, apa kaitannya?" Bingung sekali lagi mereka nampaknya.

"Biasanya bila seseorang itu sedang amat marah, sempat tak agaknya ia berfikir bahaya atau tidak tindakan yang dibuatnya sebagai contoh; ada orang yang sedang marah kerana bising tangisan kanak-kanak, maka ditendang (seperti berita yang saya baca di akhbar baru-baru ini), ditolak jatuh tangga, ditekup wajah kanak-kanak itu dengan bantal dan macam-macam lagi bagi menghilangkan kemarahan atau gangguan bising itu, setelah beberapa ketika mungkin baru seolah-olah dia tersedar, lalu cemas dan mungkin menyesal"

"Demikianlah juga nafsu jahat, bila ia berada di tahap tinggi, ia tidak lagi melihat samada kepada pakaian dan umur wanita mahupun isteri orang dihadapannya, sasarannya hanya mendapatkan hajat jahatnya, kerana itulah wanita yang menutup aurat dengan sempurna serta kanak-kanak perempuan juga terancam, tanpa dapat dinafikan juga peranan vcd, laman, akhbar, majalah dan novel lucah " terang saya.

"Tapi macam mana pulak ayat tadi kata tutup aurat dapat mengelakkan wanita dari disakiti ?" Balas mereka dengan penuh minat kali ini.

"Jika kita lihat dengan teliti, ayat tadi sebenarnya ditujukan kepada seluruh kaum wanita. Ini bermaksud, jika sebahagian besar wanita tidak mentaatinya dan memakai pakaian seksi pula. Di ketika itu, faedah dan kebaikan dari tutup aurat bagi menjaga semua kaum wanita dari disakiti secara umum akan tergugat dariu mencapai matlamat umumnya. Sebenarnya, ayat itu nak beritahu bahawa seluruh wanita bertanggung jawab menjaga keselamatan kaum sejenisnya dengan menjaga aurat masing-masing" Jelas saya

"Maka bila ada yang seksi, ini bermakna, ia sedang mengancam kaum sejenisnya yang lain dan di tempat lain kerana telah menghidupkan nafsu kebinatangan lelaki jahat yang sedang tidur"


Lihat...sungguh cantik pendekatan yg digunakkan oleh ustz...ini menunjukkan bahawa, tanggungjawab kita sebagai kaum wanita adalah tanggungjawab bersama..kita disuruh untuk menutup aurat, menjaga pergaulan bukan untuk kebaikan diri kita, tetapi untuk kebaikan keseluruhan kaum wanita dan bukan sahaja kaum wanita, malah dapat menjaga iman kaum lelaki.

kerana itulah cabaran terbesar lelaki wahai kaum wanita, iaitu ANDA, wanita dan seluruh kecantikan yang dikurniakan Allah SWT kepadanya sebagai ujian, ia disebutkan oleh Allah SWT :

زين للناس حب الشهوات من النساء والبنين ..

"Dihiaskan (diuji) bagi manusia itu, nafsu syahwat dan keinginan serta kecintaan kepada wanita, anak-anak, harta..."

Ayat ini dengan jelas menyebut syahwat utama lelaki adalah pada wanita. Nabi SAW juga pernah bersabda :

ما تركت بعدي فتنة أضر على الرجال من النساء

Ertinya : "Tidak aku tinggalkan fitnah selepasku yang lebih boleh membawa mudarat kepada lelaki selain wanita" (Riwayat Al-Bukhari, 7/11, bab Zikir & Doa )


Islam itu indah wahai saudaraku...tidak ada bebanan didalam islam melainkan untuk kebaikkan ahli jemaahnya sendiri...tersurat atau tersirat segalanya sudah terkandung didalam Al-Quran dan As-sunnah...tetapi segalanya atas kita..bagaiman kita menerimanya...disini adalah serba sedikit kesilapan dalam aspek menutup aurat...:


KESILAPAN KERAP WANITA TENTANG AURAT


KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.

KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt' berlengan pendek.

KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.

KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda'.

KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.

KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.

KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.

KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.



subhanallah...karangan penuh ustz Zaharuddin boleh antum semua layari di www.zaharuddin.net. semoga apa yang ana kongsikan serba sedikit disini dapat memberikan manfaat bukan sahaja untuk diri ana sendiri tetapi untuk kaum wanita sekaliannya. Maafkan ana jika ada salah bicara...yang baik datang daripada Allah SWT pencipta seluruh alam dan yang buruk adalah daripada kelemahan diri ana sendiri...

" Cantik wanita kerana kejernihan wajahnya..

manis wanita kerana keindahan senyumannya...

ayu wanita kerana kesederhanaan lahiriahnya...

hebat wanita adalah kerana keteguhan imannya.."

p/s : biarlah tidak cantik diluar, tetapi indah di dalam...biarlah buruk dipandangan manusia, tetapi tidak dipandangan Allah SWT... sama2lah kita menuju mardhatillah... Allahuakhbar!


sumber rujukkan : www.zaharuddin.net

edicted by : J_H


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...