BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Bismillah

~ Jalan MUJAHADAH itu pahit....kerana SYURGA itu manis......~

Thursday, November 24, 2011

~~~LELAKI YANG HEBAT!!~~~

Seorang lelaki telah berumahtangga dengan seorang wanita solehah. Hasil
dari perkahwinan ini pasangan tersebut telah dikurniakan beberapa orang
anak lelaki dan perempuan. Kehidupan mereka sekeluarga sungguh bahagia dan
sejahtera.

Si isteri sewaktu hidupnya, adalah seoarang wanita yang beriman dan
bertaqwa, berakhlak mulia dan rajin beribadah, dia juga adalah isteri yang
setia dan taat kepada suaminya, seorang ibu yang penyayang dan sebaik-baik
pendidik kepada anak-anak-anaknya.

Rumah tangga yang indah ini kekal selama 22 tahun, sehinggalah si isteri
meninggal dunia. Setelah jenazah si isteri diuruskan dengan sempurna,
disolatkan dan dikebumikan, maka semua ahli-keluarga, saudara-mara dan
kaum-kerabat berhimpun di rumah si suami untuk mengucapkan takziah.
Kesemua yang berhimpun itu mahu mengucapkan kata-kata yang boleh
meringankan dan mengurangkan rasa pilu dan kesedihan si suami kerana
kehilangan isteri yang paling dikasihi dan dicintai.

Namun demikian, sebelum sempat sesiapapun berkata-kata, si suami telah
berkata: "Semoga tidak ada sesiapa pun dari kamu yang mengucapkan takziah
kepadaku sebaliknya dengarlah kata-kataku ini."

Semua yang berhimpun terkejut dan terdiam dengan kata-kata si suami itu..

Si suami meneruskan kata-katanya: "Demi Allah yang tiada Allah yang berhak
disembah melainkan-Nya, sesungguhnya hari ini adalah hari yang paling
bahagia dan gembira bagiku, lebih gembira dan bahagia dari malam pertamaku
bersama isteriku itu.

Maha Suci Allah, sesungguhnya isteriku itu adalah sebaik-baik wanita
bagiku, kerana dia sentiasa mentaatiku, menguruskan diriku dan anak-anakku
dengan sebaik-baiknya dan juga telah mendidik anak-anakku dengan sempurna.
Aku sentiasa bercita-cita untuk membalas segala jasa-baik yang
dilakukannya kepada diriku. Apabila ia meninggal dunia aku teringat sebuah
hadith Nabi SAW.

"Mana-mana wanita yang meninggal-dunia sedang suaminya redha kepadanya
pasti akan masuk ke dalam Syurga."

Sebelum meletakkan jenazahnya di dalam lahad, aku telah meletakkan
tanganku di kepalanya dan aku berkata: "Wahai Allah, Aku sesungguhnya
redha kepadanya, maka redhailah dia."
Kulang-ulang kata-kataku itu, sehingga tenang dan puas hatiku.

Ketahuilah sekalian, sesungguhnya aku, di saat ini amat berbahagia dan
bergembira, tidak dapat kugambarkan kepada kalian betapa hebatnya
kebahagian dan kegembiraan yang kurasakan ini.

Maka barang siapa yang telah bercadang untuk mengucapkan takziah kepadaku
atas kematian isteriku itu, maka janganlah kamu melakukannya. Sebaliknya
ucapkanlah tahniah kepadaku, kerana isteri telah meninggal dunia dalam
keadaan aku redha kepadanya.. Semoga Allah menerima isteriku dengan
keredhaan-Nya. "

MasyaAllah.. .alangkah bahagianya mendapat keredhaan suami seperti ini.
Adakah anda mampu lakukan seperti yang dilakukan sang isteri terhadap
suaminya sehingga pemergiannya diredhai dan membahagiakan suaminya.

Friday, September 9, 2011

~KAU SENTUH HATIKU...~


Cinta antara lelaki dan perempuan. Cinta sememangnya sangat subjektif. Manusia di dalam dirinya dianugerahi rasa cinta. Cinta inilah yang memberikan manusia daya hidup dan perjuangan. Dengan cinta manusia membangun keharmonian hidup bersama manusia lainnya. Dengan cinta manusia membina hubungan rumah tangga. sebuah rumah tangga yang bahagia adalah yang di bina di atas dasar mawaddah @ kasih dan rahmah, sayang di antara pasangan manakala perasaan rahmah mula berputik apabila hubungan semakin meningkat.

Untuk mentakrifkan kalimah cinta adalah suatu yang sukar dan adalah suatu fitrah yang dianugerahkan oleh Allah kepada kita. Bertentangan sekali dengan suara-suara yang berani menyatakan bahawa cinta antara lelaki dan wanita adalah satu dosa dan boleh menjejaskan hubungan antara hamba dan khaliqnya.


Sabda Nabi s.a.w apabila mengenangkan isteri-isteri baginda: 

“Ya Allah, inilah bahagianku daripada apa yang aku miliki, maka janganlah Engkau memurkai terhadap apa yang aku miliki dan Engkau tidak miliki…”


Nabi s.a.w sebagai seorang manusia biasa tidak dapat mengawal perasaan cintanya lebih terhadap isteri baginda yang lain. Maksud daripada hadis tersebut ialah seseorang manusia tidak memiliki hatinya(tidak mampu mengawal perasaan hatinya) daripada perasaan marah, gembira, rindu, sedih dan cinta.semuanya berlaku dengan kehendak Allah.

Islam memberkati setiap hubungan percintaan di antara lelaki dan perempuan selagi ianya berpandukan hukum syara’ dan tidak melampaui hadnya, selagi cita-cita mereka adalah untuk membina rumahtangga dan bukan di atas dasar suka-suka. Wajib bagi setiap pasangan agar menyatukan antara cinta dan akhlak kerana cinta adalah naluri kecenderungan antara dua jantina yang berbeza manakala akhlak pula adalah sebagai benteng yang menghalang dari berlakunya perkara yang melampaui batas.

CINTA ADALAH SEBUAH PERASAAAN YANG WUJUD PADA SETIAP MANUSIA IANYA ADALAH FITRAH HIDUP DAN TIDAK DAPAT DIELAKKAN.

MENJADI KEWAJIPAN BAGI SETIAP PASANGAN UNTUK MENGHIASI CINTA MEREKA DENGAN AKHLAK.

HARAM SETIAP PERCINTAAN YANG DI BINA ATAS DASAR SUKA-SUKA.
CINTA TANPA AKHLAK AKAN MEMBAWA KEROSAKAN.


Awas!! Pengaulan Antara Lelaki dan Perempuan Ibarat Minyak Dengan Api, Apabila Tersentuh "MARAK" Lah Ia.....

~ 50 keistimewaan wanita~

1.       Doa wanita lebih makbul drp lelaki kerana lbih penyayang dari lelaki, Sabda Rasulullah s.a.w: “ ibu lebih penyayang dari bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”

2.      Wanita solehah lebih baik drp 1000 orang lelaki yang tidak soleh.
3.       Seorang wanita solehah lebih baik daripada 70 org wali
4.      Seorang wanita solehah lebih baik drp 70 org lelaki soleh.
5.      Sesiapa yang menggembirakan anak perempuannya, maka darjatnya umpama orang yg sentiasa menangis kerana takutkan Allah SWT dan org yg takutkan Allah akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
6.       Sesiapa yg membawa makanan utk keluarganya, maka pahalanya sama seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuannya daripada anak lelakinya. Maka sesiapa yg menyukakan anak perempuannya seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail AS.
7.      Haidh seorang wanita menjadi penebus dosanya yg lalu. Jika pada hari pertama haidhnya dia membaca “ Alhamdulillahi’alaa kulli Halin wa Astaghfirullah (segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku memohon ampun kepada Allah dari segala dosa)”, maka Allah SWT akan membebaskannya dari neraka & dgn mudah melalui shiratul mustaqim dengan aman dari seksa. Bahkan Allah SWT akan mengangkat darjatnya seperti darjat 40 orang syuhada’ apabila dia selalu berzikir kpd Allah selama haidhnya.
8.      Sabda Rasulullah SAW: “ wanita yg tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku di dalam syurga”.
9.      Sesiapa yg bersikap ikhsan dan mendidik anakperempuannya atau saudara perempuannya dgn penuh rasa taqwa dan tanggungjawab, maka baginya adalah syurga.
10.  Daripada Aisyah r.a : “ Sesiapa yg diuji dgn sesuatu drp anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya drp api neraka.
11.    Syurga itu dibawah tapak kaki ibu.
12.   Apabila 2 org ibubapamu memanggilmu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
13.    Seorang wanita yg taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu2 neraka dan terbuka pintu2 syurga. Masuklah dia dari mana2 pintu yg dia kehendaki tanpa dihisab.
14.   Seorang wanita yg mentaati suaminya (serta menjaga solatnya  dan puasanya), semua ikan di laut, burung diudara, malaikat dilangit, matahari dan bulan akan beristighfar utknya selama dia mentaati suaminya dan meredhainya.
15.   Aisyah r.a berkata : “ aku bertanya kpd Rasulullah SAW siapakah yg lebih besar haknya terhadap seorang wanita? “ jawab baginda, “suaminya”. “ siapa pula yg lebih berhak terhadap seorg lelaki? “ jawab Rasulullah SAW, “ ibunya”.
16.    Apabila seorang wanita mengerjakan solat lima waktu, berpuasa di bulan ramadhan, memelihara kehormatannya serta mentaati suaminya, maka pasti akan masuk syurga dari pintu mana saja yg dia kehendaki.
17.   Allah SWT akan memasukkan setiap wanita yg membantu suaminya di dalam urusan agama ke dalam syurga terlebih dahulu drp suaminya.
18.   Apabila seorang wanita hamil, maka beristighfarlah para malaikat utknya, Allah SWT akan mencatatkan baginya setiap hari dgn 1000 kebaikan dan menghapuskan drp 1000 kejahatan.
19.   2 rakaat solat seorang wanita yg hamil adalah lebih baik drp 80 rakaat wanita yg tidak hamil.
20. Wanita yg hamil akan mendapat pahala puasa pada siang hari.
   

p/s : bersambung........

Tuesday, June 21, 2011

~Andai Aku Di Sisi Mu~



Pada-Mu saja 

Aku mengadu
Resah gelora 
Yang menghempas kalbu
Terasa berat
 
Namun apa daya ku luahkan
Walau sarat terasa malu pada-Mu

Akulah insan
Yang berjuta dosa
Tiada mengenang
Erti kesalahan
Berkali-kali
Terus masih terulang segala kesilapan
Meski ku tahu pedihnya..


Masihku disini terantai nubari
Detik nadi bagaikan terhenti
Andai aku di sisi rahmat-Mu
Berhakkah ku ulang masa lalu


~ lagu hafiz hamidun~

Monday, June 6, 2011

~ Doa peroleh calon suami soleh~

Ya ALLAH, 

Temukanlah aku seorang suami yang akan menjadi sebagian dari hidupku. Seorang yang sungguh mencintaiMU lebih dari segala sesuatu. Seorang yang akan meletakkanku pada posisi kedua di hatinya setelah Engkau. Seorang suami yang hidup bukan untuk dirinya sendiri tetapi untukMU. Wajah kacak dan daya penarik tidaklah penting. Yang paling penting adalah sebuah hati yang sungguh mencintai dan haus akan Engkau .. Dan ia haruslah mengetahui bagi siapa dan untuk apa ia hidup, sehingga hidupnya tidaklah sia-sia.....

Seseorang yang memiliki hati yang bijak bukan sahaja otak yang cerdas. Seorang suami yang tidak hanya mencintaiku tetapi juga menghormati aku. Seorang suami yang tidak hanya memujaku tetapi dapat juga menasihati ketika aku berbuat salah. Seorang yang mencintaiku bukan karena kecantikanku tetapi karena hatiku. Seorang suami yang dapat menjadi sahabat terbaikku dalam tiap waktu & situasi. Seseorang yang dapat membuatku merasa sebagai seorang wanita ketika berada disebelahnya......

Aku tidak meminta seorang yang sempurna, Namun aku meminta seorang yang tidak sempurna, sehingga aku dapat membuatnya sempurna dimataMU. Seorang suami yang membutuhkan dukunganku sebagai peneguhnya. Seorang suami yang membuatkan doaku untuk kehidupannya. Seseorang yang membuatkan senyumanku untuk mengatasi kesedihannya. Seseorang yang membuatkan diriku untuk membuat hidupnya menjadi sempurna.....

Dan aku juga meminta: Buatlah aku menjadi seorang perempuan yang dapat membuat,suami itu bangga. Berikan aku sebuah hati yang sungguh mencintaiMU, sehingga aku dapat mencintainya dengan cintaMU, bukan mencintainya dengan sekedar cintaku. Berikanlah SifatMU yang lembut sehingga kecantikanku datang dariMU bukan dari luar diriku. Berilah aku tanganMU sehingga aku selalu mampu berdoa untuknya. Berikanlah aku penglihatanMU sehingga aku dapat melihat banyak hal baik dalam dirinya dan bukan hal buruk saja. Berikan aku mulutMU yang penuh dengan kata-kata kebijaksanaanMU dan pemberi semangat, sehingga aku dapat menbuatnya bahagia setiap hari, dan aku dapat tersenyum padanya setiap pagi. dan slalu meberikan semangat untuknya.....

Dan bilamana akhirnya kami akan bertemu, aku berharap kami berdua dapat mengatakaan "Betapa besarnya ALLAH itu karena Dia telah memberikan kepadaku seseorang yang dapat membuat hidupku menjadi sempurna". Aku mengetahui bahwa Engkau menginginkan kami bertemu pada waktu yang tepat dan Engkau akan membuat segala sesuatunya indah pada waktu dan saat yang Kau tentukan. Kau maha mengetahui suami terbaik untuk diriku, keluargaku, agamaku sama ada ada dunia dan akhirat...sesungguhnya kau maha mengasih lagi maha penyayang.. 

Ameen... 

~Pertunangan~


BATAS HUBUNGAN SEMASA BERTUNANG
Biar pun seorang lelaki dan seorang perempuan itu telah bertunang, hakikatnya mereka berdua tetap warga asing yang tidak diharuskan bergaul bebas atau -apa-apa hak yang diberikan hanya kepada pasangan lelaki dan perempuan yang telah berkahwin secara sah.
Saya bersyukur kerana jarak 8 jam perjalanan dengan bas itu bermanfaat untuk kami saling menjaga perhubungan. Sesekali menelefon untuk bertanya khabar dan berbincang tentang perancangan-perancangan… namun kami mencuba sedaya upaya untuk tidak berlebih-lebihan.
Ada panggilan telefon mungkin sekadar beberapa minit.
Ada panggilan telefon mungkin perlu hingga satu jam.
Tetapi bertanyalah kepada hati, jika perasaan memberitahu bahawa perbualan itu mendatangkan rasa resah dan bersalah, maka selesaikan perbincangan dengan cara baik agar tidak berlebih-lebihan dan mencetus dosa.
Selama pertunangan kami, saya dan dia sering bersama tetapi tidak berjumpa. Kami sering hadir ke program-program seminar, ceramah, perhimpunan musim sejuk dan sebagainya, tetapi tidak berjumpa. Apabila saya mengimamkan Qiamullail di Masjid Clonskeagh, saya tahu yang tunang saya turut bersama, dan itu sudah cukup lagi memadai.
RAHSIA PERTUNANGAN
Pertunangan juga tidaklah perlu dihebahkan.
Lucu juga saya apabila ditanya oleh Yurzi yang kehairanan melihat saya yang datang pertama kali ke Galway, tetapi mengenali seorang muslimah di situ.
Nabi SAW sendiri ada mengingatkan kepada kita:
“Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan” (Hadith riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair Radhiyallahu ‘anhu, dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Irwa’ al-Ghalil)
Pertunangan adalah suatu komitmen yang belum pasti. Ia mungkin berakhir dengan perkahwinan, boleh juga tamat pada kesudahan yang tidak diharapkan. Namun ulama’ menjelaskan bahawa di antara hikmah Islam menggesa pertunangan itu tidak dihebah-hebahkan ialah kerana untuk menjaga nikmat ini daripada dirosakkan oleh hasad manusia yang bertindak tidak baik. Ia dijelaskan demikian di dalam Hashiah al-’Adawi ‘ala Sharh Mukhtasar Khalil.
Kerahsiaan pertunangan itu juga menjadikan kita terkawal dari berkelakuan seperti sudah bersuami isteri kerana hakikatnya seorang lelaki dan perempuan yang bertunang, masih asing dan sedang berada di medan ujian mengawal diri dan bijak mengatur komunikasi dengan pasangan yang bakal menemani hidup… selama-lamanya sampai mati.
Terima kasih kepada bekas tunang saya yang bersama-sama saling berusaha menjaga diri selama tempoh kami diikat dengan janji. Kepada bekas tunang saya yang kini telah pun menjadi isteri… dan dengan tiga cahaya mata kurniaan Allah, semoga Allah mengekalkan rumahtangga kita dalam redha dan bahagia, hingga ke akhir usia, ameen.

p/s : petikan dari http://saifulislam.com/1269

Saturday, April 30, 2011

~ KeredhaanMu~


Ya Allah, Ya Tuhanku
HambaMu merindukan
Rahmat kasih sayangMu
Dan jua keredhaanMu
Dalam hidupku

Meskipun ku ulangi dosa noda
Yang menjanjikan azab sengsara
Namun ku sedari
KeampunanMu tidak bertepi

Ku akui diri ini
Hamba yang mungkir pada janji-janji
Jadikanlah taubat ini yang sejati
PadaMu Ilahi

Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosaku
Ya Allah, redhakanlah kehidupanku
Moga terhapus penghijab kalbu
Antara Kau dan aku

Tuhan,
Ku zalimi diri ini
Andai Kau tak ampuni dan rahmati
Alangkah ruginya diri

Tuhan,
Jangan Kau palingkan hati ini
Setelah Kau beri hidayah
Sesungguhnya Kau Maha Pengasih
 



Ya Allah.....terasa jauh diri ini dariMu dikala ini.....terlalu leka diriku ini dengan dunia yang sememangku tahu hanya sementara.....terlalu angkuh diriku ini dari bersyukur kepadaMu.. tidak sedar, apa yang aku ada....apa yang aku perolehi ini adalah dariMu....adalah nikmatMu.....terlalu kotor hatiku ini sehingga kadangkala terlalu sukar Engkau utk ku dekati......terlalu banyak dosa dan noda yang telah ku lakukan.....terlalu lemahnya diriku ini dalam menempuh ujian-ujian mu.....masih adakah peluang untukku Ya Allah.....masih adakah ruang utk ku Ya Rabb.....aku sering berjanji....tetapi sering juga aku mungkiri janji2 ku......aku sering menitiskan air mataku untukmu......tetapi sering juga aku ketawa gembira sehingga melupakan Mu......masih adakah keampunan utk ku.....Ampunkan lah dosa2 ku Ya Allah......dosa2 ku semalam...hari ini....dan di masa depan.....Engkau pimpinlah....Engkau bimbinglah diri ku yang hina.....agar aku dapat menjadi hamba yang sebenar-benar hamba.....aku dapat rasakan bagaikan masih ada hijab...bagai tembok batu yg kukuh yang menghalangi  aku kepadaMu....bantukanlah aku Ya Allah....berikanlah aku kekuatan utk ku memecahkan tembok kejahilan itu....semoga aku dapat menikmati kemanisan mencintaiMu.....agar aku dapat menjadi org2 yang berada dalam rahmat dan barakahMu....agar hidupku tidak malap kerna disinari nur hidayahMu....sesungguhnya Engkaulah yang Maha Pengampun lagi Pengasihani.....aku terlalu impikan syurgaMu, walaupun aku tahu aku tidak layak....aku terlalu impikan bertemu dengan kekasihmu, walaupun aku tahu aku tidak layak....aku terlalu menginginkan pertemuan dengan Mu, walaupun aku tahu aku tidak layak....tetapi Ya Allah...aku terlalu takut akan kemurkaanMu, azabMu.....jauhikan aku daripadanya......hanya kepadaMu tempatku mengadu, mengharap dan meminta....kerana aku tahu Engkau tidak pernah jemu mendengar rintihan hamba2Mu......

Tuesday, March 8, 2011

~WANITA-WANITA PERINDU SYURGA~

Setiap insan tentunya mendambakan kenikmatan yang paling tinggi dan abadi. Kenikmatan itu adalah Syurga. Dalam Al Qur'an banyak sekali ayat-ayat yang menggambarkan kenikmatan-kenikmatan Syurga.
"(Apakah) perumpamaan (penghuni) Syurga yang dijanjikan kepada orang-orang bertakwa yang di dalamnya ada sungai-sungai dari air yang tidak berubah rasa dan baunya, sungai-sungai dari air susu yang tidak berubah rasanya, sungai-sungai dari khamr (arak) yang lazat rasanya bagi peminumnya, dan sungai-sungai dari madu yang disaring dan mereka memperoleh di dalamnya segala macam buah-buahan dan ampunan dari Rabb mereka sama dengan orang yang kekal dalam neraka dan diberi minuman dengan air yang mendidih sehingga memotong-motong ususnya?" (Muhammad : 15)
Nikmatnya Syurga!
Di samping mendapatkan kenikmatan-kenikmatan tersebut, orang-orang yang beriman kepada Allah SWT kelak akan mendapatkan pendamping (isteri) dari bidadari-bidadari Syurga nan rupawan yang banyak dikisahkan dalam ayat-ayat Al Qur'an yang mulia, di antaranya :
"Dan (di dalam Syurga itu) ada bidadari-bidadari yang bermata jeli laksana mutiara yang tersimpan baik." (Al Waqiah : 22-23)
"Dan di dalam Syurga-Syurga itu ada bidadari-bidadari yang sopan, menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni Syurga yang menjadi suami mereka) dan tidak pula oleh jin." (Ar Rahman : 56)
"Seakan-akan bidadari itu permata yakut dan marjan." (Ar Rahman : 58)
"Sesungguhnya Kami menciptakan mereka (bidadari-bidadari) dengan langsung dan Kami jadikan mereka gadis-gadis perawan penuh cinta lagi sebaya umurnya." (Al Waqiah : 35-37)
Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam menggambarkan keutamaan-keutamaan wanita penduduk Syurga dalam sabda beliau :
" ... seandainya salah seorang wanita penduduk Syurga menengok penduduk bumi niscaya dia akan menyinari antara keduanya (penduduk Surga dan penduduk bumi) dan akan memenuhinya bau wangi-wangian. Dan setengah dari kerudung wanita Syurga yang ada di kepalanya itu lebih baik daripada dunia dan isinya." (HR. Bukhari dari Anas bin Malik radliyallahu 'anhu)
Dalam hadith lain Rasulullah SAW bersabda :
Sesungguhnya isteri-isteri penduduk Syurga akan memanggil suami-suami mereka dengan suara yang merdu yang tidak pernah didengarkan oleh seorangpun. Di antara yang didendangkan oleh mereka : "Kami adalah wanita-wanita pilihan yang terbaik. Isteri-isteri kaum yang termulia. Mereka memandang dengan mata yang menyejukkan." Dan mereka juga mendendangkan : "Kami adalah wanita-wanita yang kekal, tidak akan mati. Kami adalah wanita-wanita yang aman, tidak akan takut. Kami adalah wanita-wanita yang tinggal, tidak akan pergi." (Shahih Al Jami' nombor 1557)

Ciri-ciri Wanita Syurga
Isteri-isteri kaum Mukminin yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya tersebut akan tetap menjadi pendamping suaminya kelak di Syurga dan akan memperoleh kenikmatan yang sama dengan yang diperoleh penduduk Surga lainnya, tentunya sesuai dengan amalnya selama di dunia.
Di antara ciri-ciri wanita ahli Surga adalah :
1. Bertakwa

2. Beriman kepada Allah, Malaikat-Nya, Kitab-Nya, Rasul-Rasul-Nya, hari kiamat, dan takdir     yang baik dan buruk

3. Bersaksi bahawa tiada ilah yang berhak disembah kecuali Allah, dan Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya, mendirikan shalat, menunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadlan, dan naik haji bagi yang mampu

4. Ihsan, yaitu beribadah kepada Allah seakan-akan melihat Allah dan dia mengetahui bahwa Allah melihat dirinya.

5. Ikhlas beribadah kerana Allah, tawakkal, mencintai Allah dan Rasul-Nya, takut terhadap azab Allah, mengharap rahmat Allah, bertaubat kepada-Nya, dan bersabar atas segala takdir-takdir Allah serta mensyukuri segala kenikmatan yang diberikan kepadanya.

6. Gemar membaca Al Qur'an dan berusaha memahaminya, berzikir mengingat Allah ketika sendirian atau tidak dan berdoa kepada Allah semata

7. Menghidupkan amar ma'ruf dan nahi mungkar pada keluarga dan masyarakat.

8. Berbuat baik (ihsan) kepada tetangga, anak yatim, fakir miskin, dan seluruh makhluk, serta berbuat baik terhadap haiwan ternak yang dia miliki

9. Menyambung tali persaudaraan terhadap orang yang memutuskannya, memberi kepada orang, menahan pemberian kepada dirinya, dan memaafkan orang yang menzaliminya.

10. Berinfak, baik ketika lapang maupun dalam keadaan sempit, menahan amarah dan memaafkan manusia

11. Adil dalam segala perkara terhadap seluruh makhluk

12. Menjaga lisannya dari perkataan dusta, saksi palsu dan menceritakan kejelekan orang lain (ghibah)

13. Menepati janji dan amanah yang diberikan kepadanya.

14. Berbakti kepada kedua orang tua

15. Menyambung silaturahmi dengan karib kerabatnya, sahabat terdekat dan terjauh



Demikian beberapa ciri-ciri wanita Ahli Syurga yang kami sadur dari kitab Majmu' Fatawa karya Syaikhul Islam Ibnu Tamiyyah juz 11 halaman 422-423. Ciri-ciri tersebut bukan merupakan suatu batasan tetapi ciri-ciri wanita Ahli Syurga seluruhnya masuk dalam kerangka taat kepada Allah dan Rasul-Nya.
" ... dan barangsiapa taat kepada Allah dan Rasul-Nya, niscaya Allah memasukkannya ke dalam Syurga yang mengalir di dalamnya sungai-sungai sedang mereka kekal di dalamnya dan itulah kemenangan yang besar." (An Nisa' : 13)


P/S :  (T_T)......ya Allah...jadikanlah kami anak yang solehah, isteri yang taat dan ibu yg mithali.....ya Allah...kurniakanlah kami suami yang soleh ya Allah...yg dapat membimbing kami ya Allah...ya Allah...kurniakanlah kami anak-anak yang soleh dan solehah ya Allah..yg akan berjuang untuk agamaMu....ya Allah ampunilah dosa-dosa kami dan terimalah taubat kami...sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui segala yg dilangit dan dibumi.....ameennn ya rabbal 'alamin.....

Friday, February 25, 2011

~ Debaran~

Bismillahirrahmanirrahim….assalamualaikum….selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W….alhamdulillah kerana masih diberi kesempatan untuk menulis  dan berkongsi serba sedikit dalam blog nie….
Terlalu pantas rasanya masa berlalu…..terlalu banyak rasanya benda yang berlaku…..kadang-kadang ana rasakan seperti mimpi….antara khayalan dan realiti….adakah suratan atau kebetulan? Ana tidak pasti adakah ini ketentuan 
Tuhan….

Allah pemilik segalanya…..Dialah pemegang segala jiwa…dan kepadaNya kita akan kembali jua…ya Allah betulkah pilihan yang aku buat? Atau desakan nafsu yg menjerat? Sesungguhnya aku memohon perlindungan dan bimbinganMu  Ya Allah….jangan biarkan aku terlena dan terleka 
dengan fatamorgana dunia....

Debar? Ya…..ana berdebar….debaran yang semakin menghimpit perasaan….menyesakkan akal fikiran….kerana kita hanya merancang…Allah yg menentukan….Ya Allah tetapkanlah hatiku….permudahkan segala urusanku….kepadaMu aku menyerahkan segala urusanKu….yang ku harapkan hanyalah keredhaanMu…..

Aku insan yang sentiasa melakukan kesilapan….dosaku mengunung setiap saat….hanya kepadaMu aku memohon keampuanan dan kasih sayang..kerana Engkaulah yang Maha pengampun lagi Maha Pengasihani……
Wahai jiwa…tenanglah…..wahai hati….redhalah…..wahai nafsu….tunduklah kepada Allah……” Masya Allah, La quwwatailla billah….  “

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...