BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Bismillah

~ Jalan MUJAHADAH itu pahit....kerana SYURGA itu manis......~

Thursday, January 20, 2011

~ Aku dan Tuhanku ~

Ku basuh tangan dalam aliran air mutlak 
Melafaz niat membasuh muka 
Sambil dalam hati berdoa moga diputihkan muka di Mahsyar sana 


Dan pohon tangan kanan yang kubasuh hingga ke siku 
Bakal jadi penerima amalan selama di dunia 
Dan ubun-ubun yang kualir wuduk padanya 
Akan terlindung dari panas mentari yang sejengkal cuma 
Juga kaki kanan bakal ditetapkan 
Tika melintasi titian Siratulmustaqim 
Merentangi neraka panas membara 

Berdiri dalam balutan telekung putih bersih 
Dalam qiam ku bulatkan hati 
Memusatkan minda hanya pada-Nya 
Pohon di putuskan dari lingkaran duniawi 
Kerna, aku ingin merasa nikmat 
Lazatnya ibadah mengadap Allah 




Aku ingin yang ada Hanya aku dan Dia yang maha mendengar 
Seperti Dia sedang ku pandang 
Dan Dia memandangku dengan ihsan dan kasih-sayang 
Tuhan yang kusembah 
Tempat ku berserah merayu kala hatiku gundah 
Yang ku terima dengan redha qada dan qadar-Nya 
Dengan rendah hati seorang hamba 



Dalam rukuk dan sujud 
Ku letakkan diri sekerdil mungkin 
Sambil mulut basah dengan pujian pada-Nya 
Berteleku antara dua sujud 
Kyusu’ mengharap ampunan dan belas ihsan 
Allah yang maha penyayang 



Bersimpuh dalam Tahiyyat 
Kupacakkan ibu jari kakiku, juga telunjuk mengiyakan Shahadat 
Merendahkan diri dalam lafaz pujian 
Memuliakan Junjungan s.a.w.
 
Kusempurnakan solat seusai dua salam 
Tenggelam dalam lafaz istighfar 
Memohon ampun pada-Nya atas dosa dan khilaf seorang hamba 
Yang hina lagi tak sempurna 
Namun masih tegar mengimpikan syurga di sana 
Maka, ku tadah dua tangan 
Memohon doa dengan sesungguhnya 
Merayu dan mendayu 
Penyesalan yang bersatu dalam rasa dan minda 
Seiring derai airmata 

Ya Allah, 
Ku pohon ampun Ya Rabbi 
Atas dosa dan kekurangan diri 
Kerna sesungguhnya aku hamba yang menzalimi diri sendiri 
Moga janganlah Kau bebani aku 
Dengan ujian yang diluar kesanggupan diri 
Dan Kau tetapkan kalbuku yang Kau miliki 
Agar teguh dengan petunjuk yang Kau beri 
Rahmatilah hidupku, ibubapaku dan keluargaku 
Dalam pelukan kasih sayang-Mu 
Yang melindungi kami dari panas neraka yang membara 
Kerna, aku hanya ingin hidup dan mati 
Di dalam pelukan agama 
Yang Kau redha... 


.:: Jangan khuatir, Tulang Rusuk Takkan Tertukar ::..

“ana akan ta’aruf dengan ukhti beberapa tahun lagi, ketika ukhti sudah lulus” 

“untuk apa antum katakan itu skrg akhi?...
Jika belum siap, adalah jawapannya, lalu mengapa harus antum katakan rencana tersebut pada saya?
Tak tahu kah antum , kalimat itu menggoyahkan kekukuhan iman yang susah payah saya bangun?.”

Ketika antum mengatakan: “ana ingin jaga hati ana untuk ta’aruf dengan ukhti nanti” 

“Lantas, apakah dengan antum berkata seperti itu?
lalu prilaku antum yang sering menelfon saya itu tidak bererti mengotori hati?.
Antum memang sudah seharusnya menjaga hati,hingga tiba saatnya nanti untuk antum berikan seutuhnya kepada wanita yang berhak.” 

Ketika antum mengatakan: “hati-hati, di sana.. jaga diri baik baik..” 

“Bukannya saya tidak suka diperhatikan dan dijaga,tapi cukuplah Allah yang akan menjagaku..Bukankah Allah adalah sebaik-baik Pelindung?”

Ketika antum mengatakan: “ana harap ukhti tidak ta’aruf dengan orang lain sebelum ana”

“Saya tidak boleh menjanjikan apa-apa pun,kerana saya tidak tau apa yang akan terjadi nanti..” 


Sebuah pengajaran,
Wahai akhwat, jika datang kepadamu seorang lelaki baik-baik yang melamarmu, maka kemungkinan dialah jodohmu, suamimu.... 

Wahai ikhwan, jika gadis pujaanmu telah dikhitbah lelaki lain, maka ikhlaskanlah. boleh jadi dia bukanlah bidadarimu. 

"Perempuan-perempuan yang keji adalah untuk yang keji pula dan lelaki yang keji untuk wanita-wanita yang keji, sedangkan wanita-wanita yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik juga diperuntukkan bagi perempuan-perempuan yang baik….” (QS.24:26)"

Maka jika nantinya kita tidak berjodoh, mungkin saya tak cukup baik untukmu,
pasti ada wanita lain yang lebih baik untukmu..

Dan yakinlah, jika memang aku adalah pasangan dari tulang rusukmu,
maka tanpa antum minta untuk tidak ta’aruf dengan orang lain pun, saya akan tatap menjadi pendampingmu..
Karena saya yakin TULANG RUSUK TAKKAN TERTUKAR 

(Sebuah catatan dari seorang sahabat) 
sumber asal : http://www.facebook.com/note.php?note_id=491199606041&id=301729376267







Doaku…
Harapanku…
Pintaku dengan harap…
Harap dengan sangat…
Penuh rendah diri sebagai hambamu
Kurniakan aku masjid yang sempurna
Dengan jodoh yang baik-baik
Penuhi pertemuan dan perpisahannya
Dengan iman, nur dan rahmatmu…
Biar jodohku itu…
Buatkan aku dekat padamu Ya Allah
Biar jodohku itu…
Buatkan syurga nanti jadi naungan untukku
Biar jodohku itu…
Buatkan aku lebih mencintaimu
Lebih dari segalanya Ya Tuhan…
Ya Allah…Amin…

Friday, January 14, 2011

CONTINUED....


Lokasi telah dipilih, mereka akan membawa ana berjalan2 disekitar kuala Terengganu dan tempat pertama yang dituju adalah “Pulau Duyong”….hari ini adalah hari terakhir perlawanan “Monsun (betulkah ejaan) cup”….ana sendiri tidak berapa tahu mengenai acara ini dan kami pergi pun sekadar untuk menjenguk2…..sememangnya “handset” tidak lekang di tangan…kerja kami di sana selain pelajar ada jurugambar (tidak bergaji)…….kerana bagi ana, ini adalah kenangan dan bukti kedatangan ana…suasana tidak lah secerah mana….rintik2 hujan menghiasi alam…


Memandangkan sekarang adalah musim hujan di negeri di sebelah pantai timur, tidak menghairankan terdapat banyak lopak2 air (macam kolam) di sekitar kami…sebelum masuk sempat jugak kami bergambar…klik! Klik! Klik! Nasib baik tiada “flash” kalau tidak boleh mengalami masalah penglihatan jugak mata ana….







kami mengambil segala gambar yang ada….beca tercantik….(nak naik, tapi dah ade yang naik dulu)…..
jadi kami pun naik beca yang kurang cket (tempat ke 2)….seronoknya rasa pengalaman menaiki beca (3 orang sekali)…..dan foto…foto…foto……nak cerita pun susah…ana dah sertakan dengan gambarnya sekali…..








Cantik, memang cantik tempatnya, kami masuk ke dalam satu bangunan (lupe ambil nama)..dan begitu ramai orang yang datang untuk menyaksikan perlawanan kapal layar ini….kami berjalan dan mengunjungi beberapa “booth”…yang paling menarik minat ana adalah terdapat satu pameran wau..memang tersangat banyak dan tersangat cantik…”Pakde” (panggilan manja) yang kami berikan kepada pakcik tersebut…kehalusan seni ukiran pak de memang menarik minat setiap yang memandangnya..ya wau2 ini cantik bukan sahaja kerana warnanya..tetapi kerana ukiran2 nya yang sangat unik dan cantik..




Kami pun berjalan dan akhirnya sampai di kawasan laut….begitu ramai pengunjung dan begitu ramai perahu layar yang sedang bertanding….(secara ikhlasnya tidak ada yg menarik)..tetapi amat seronok kerana dapat mengenali tempat….tetapi berdasarkn cerita seorang sahabat, beliau sedih dengan keadaan pulau duyong ini dan penghuninya…kerana dulu pulau duyong ini terkenal dengan tempat para ulama manuntut ilmu….









Tetapi sekarang sebaliknya pula yg berlaku….sedih menyelubungi hati….inilah kesan buruk pembangunan jika tidak disertaikan nilai2 agama…tetapi sudah Rasulullah katakana..umatnya akan menempuh satu zaman, iaitu “ zaman fitnah”..dan ya kitalah umatnya yang sedang menempuh zaman penuh dugaan dan cabaran ini…..kejahilan demi kejahilan berlaku…hanya ilmu dan iman perisai kalbu….








sudah penat berjalan….sudah penat bergambar..tiba terasa lapar…untuk meneruskan ekspedisi, perut perlu diisi..ya kami pun keluar dari kawasan itu dan berjalan (tanpa menoleh) terus ke gerai2 jualan…ana membeli ala kadar (kapok, bebola ayam, eskrim potong)..paling lucu, ade seorang pakcik bagi ana belon yang berbentuk upin…terpingga2 juga..mana xnya..muda sangatkah ana????? (keperasanan)….






Lalu kami bertiga  berjalan menuju ke tempat parking..setelah mencari “port” yg baekk punya..kami pun menikmati eskrim potong yg dibeli..ini kali pertama makan eskrim yg berbentuk kotak…buatan sendiri..kagum…setelah selesai..kami pun memulakan perjalanan untuk destinasi seterusnya…









TO BE CONTINUED.......

Thursday, January 6, 2011

~KEMBARA UKHUWWAH 2010~

CONTINUED.............


Suara imam makin jelas di pendengaran, ya ana tahu ana sudah dekat…ya.. nak atau tidak ana mesti tempuh jalan itu…dengan beg (batu bata), dan beg galas (simen), yang ana bawak dari kolej, ana meredah kegelapan dalam manik2 hujan…Alhamdulillah, syukur ya Allah..ana dapat lihat jelas didepan mata ana masjid putih…lantas ana masuk dan mencari kawasan untuk muslimat….sejuk x dapat digambarkan dan agak mengigil…setelah meletakkan barang, ana bergegas mengambil wudhuk dan bersolat kerana jam sudah menunjukan pukul 6.30 pg……setelah selesai, ana duduk dan merenung….memang ana sendiri tidak percaya betulkah aku yang berada dalam masjid ini, betulkah aku sudah berada disini….

sms diberikan kepada mama, memberitahu anaknya ini sudah sampai…dan satu sms lagi diberikan kepada kak yang, bertanyakan dimana dia berada sekarang..kak yang membalas kemungkinan dia datang agak lewat kerana terdapat beberapa masalah…tidak mengapa…terasa ana ini seperti menyusahkan dia pula….ana mengemas barang2 dan duduk di luar..terasa lapar pula perut ini, ya la….ana tidak menjamah apa2 makanan pun, hanya berbekalkan 3 bungkus roti. Itupun dalam bus ana makan separuh bungkusan pertama roti…ana menghabiskan separuh roti tersebut dan 2 bungkusan lagi ana simpan. Keadaan di dalam masjid semakin suram…makcik2 yang datang untuk membersihkan kawasan masjid telah datang. Ana lebih mendiamkan diri dan memerhati (seperti bukan diri sendiri)….


keadaan tiba2 menjadi kecoh dan riuh secara tiba2, semakin ramai kanak2 dalam usia 6-12 tahun datang, ya mereka ada belajar agama pada hari ini….menghafaz al-Quran….kanak2 wanita melintasi ana untuk pergi berwudhuk…..senyuman manis mereka berikan kepada ana, dan ana membalasnya….” Alhamdulillah, bagus anak2 kecil ini”…terasa betapa kurangnya diri ana ini berbanding dengan mereka…ana duduk disitu tidak lama, kerana makcik tadi meminta ana pergi ke sebelah depan masjid kerana mereka ingin menyambung kerja2 mencuci…ana pun mengangkut barang2 ana dan  duduk di tangga depan masjid….malu rasanya hendak masuk sekali dengan kanak2 yang sedang belajar di dalam…biar ana duduk diluar sahaja….jam sudah menunjukkan pukul 8 pg..semakin lama semakin ramai ibu bapa yang menghantar putera dan puteri mereka untuk belajar ilmu mengenal Allah….di bahagian luar ana dapat mendengar lagu selawat ke atas Nabi Muhammad SAW….tersentuh hati….sebak menghimpit  dada, hiba mengamit rasa…..ya…selasa ini, bermula episode tahun hijrah yang baru….1 Muharram 1432…..penghijrahan dan pengorbanan Rasulullah tergambar diingatan…..semoga putera dan puteri ini dapat menjadi mujahid dan mujahidah islam di masa hadapan….

Hampir pukul 9, sebuah kereta datang, dari jauh ana dapat melihat seorang wanita bertudung labuh datang menghampiri ana, suara hati kuat mengatakan ya itu kak yang…kerana ini adalah perjumpaan kami yang pertama, dan dia juga mudah sahaja mengenali ana kerana dengan bantuan  “perlindungan” yang ana pakai…ana bersalaman dan memeluknya..ana mengikutinya ke kereta dan terdapat seorang lagi sahabat kak yang didalam….ana juga bersalaman dengannya….dalam kereta, masing2 diam, ya mungkin kerana ini kali pertama, dan agak janggal..mungkin kerana belum biasa…tetapi ana cepat2 suaikan diri….mereka bertanyakan sudah sarapan atau tidak, ana hanya mengatakan sudah mengambil roti pagi tadi…(sememangnya lapar )….dan mereka pun berhenti di sebuah pasar yang ana tidak ingat namanya…bermacam2 jenis makanan yang dijual, dari kuih, kerepek, hinggalah ke nasi dan lauk pauk….ana memilih untuk makan “nasi dagang”, ya lah..sudah datang ke terengganu apa lagi juadahnya….setelah membeli ala kadar, kami bergerak ke hostel kak yang.....

Kak yang membawa kami pusing2 sekitar kawasan kampusnya, memang besar dan menarik…dan membawa kami ke biliknya. Setelah mengemas ala kadar, kami bersiap2 untuk bersarapan  (jam nak dekat kol 11)…..sahabat kak yang tadi pergi ke tandas utk membasuh tangan….kak yang menunjukkan satu gambar dan bertanya kepada ana, adakah ana mengenalinya, ana tidak berapa cam..tetapi mukanya agak familiar..memandangkan muka ana yang agak “blur2” seperti syiling 1 sen, kak yang pun memberitahu,yang tadi tu sebenarnya kak de….

Ya Allah…patut laaa…..ana telah dikelentong sedikit oleh mereka…huhu…sedih jugak rasenye…kak yang menyuruh ana diam…”dakpe kak yang, hehe…negok la tekgi”….setelah “kak de” masuk, ana dengan selamba berkata ,  “ kak de nok air nape?? Meh kak cik watkan”….terkejut dia dan bilik itu bergegar seketika (2minit) dengan ketawa kami….ana bacakan doa makan dan kami pun makan (dengan lahapnya)…..sambil2 itu, kami berbincang ke mana arah tujuan seterusnya…ana lebih mendiamkan diri dan hanya mengikuti sahaja keputusan mereka…ya la memandangkan ana ini “pendatang baru” dan memang tidak tahu menahu mengenai tempat di Terengganu ini.......


TO BE CONTINUED.......

Wednesday, January 5, 2011

~KEMBARA UKHUWWAH 2010~


DESTINASI : TERENGGANU (4/12-6/12)

Bismillahirrahmanirrahim….dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih….

Assalamualaikum….alhamdulillah..baru kali ini ana dapat menulis, untuk menceritakan serba sedikit pengalaman ana secara individu mengembara ke beberapa buah negeri di dalam Malaysia. Alhamdulillah, dipanjatkan kesyukuran setinggi2nya kepada Allah SWT kerana telah memberi kemudahan kepada  ana sepanjang perjalanan ini. Pada cuti sem kali ini, ana tidak terus pulang ke rumah sepertimana sahabat yang lain, ana sudah membuat perancangan awal untuk pergi ke Terengganu untuk berjumpa dengan seorang sahabat iaitu “kak yang”. Tiket sudah dibeli, dan ana akan bertolak malam. Berdebar juga rasanya, ya,…kerana ini kali pertama ana pergi secara bersendirian tanpa ada orang lain, dan tempat yang dituju agak jauh. Namun ana kuatkan semangat dan betulkan niat. Pada malam 4 hb, ana menaiki bus dan bergerak ke tempat duduk yg telah diminta. 

Ana lebih selesa meminta tempat duduk “single” kerana rasa lebih selamat. Dengan perlindungan yang dipakai, ana menyakinkan diri, dan tawakal kepada Allah SWT.
Perjalanan dirasakan sangat panjang. Ana tidak boleh melelapkan mata untuk tempoh yang lama..kerap kali terjaga setiap kali bus berhenti untuk menurunkan penumpang  atau mengambil penumpang..takot2 terlepas tempat yang dituju, gawat ana nanti..padahal, destinasi yang terakhir sudah semestinya kuala Terengganu, tetapi perasaan bimbng dan risau itu tetap ada, maklumlah kali pertama. Bermula pukul 10 malam, ana selamat sampai di stesen kuala Terengganu lebih kurang pukul 5.30 pg. sangat  besar stesennya dan ana agak “hilang” buat sementara waktu kerana tidak tahu mana tempat untuk dituju. Jadi ana pun bergerak ke kawasan yang ramai orang untuk rasa lebih selamat. Ana cuba telefon kak yang dan kak de…tetapi malangnya, tidak terangkat…berkali2 agaknya..sms pun…tetapi tidak berbalas….ini membuatkan ana agak cemas…tetapi ditenangkan hati…dan pergi ke tempat menunggu di hadapan 7 E…..hujan lebat pula menemani ana ketika itu…tiada yang dapat digambarkan ketika itu hanyalah “lahaulawalaquwwataillabillah”……ana kembali menghubungi kak yang.. jawapannya tetap sama….hanya operatornya sahaja membalas…

Jam menunjukkan pukul 6pg, azan subuh sudah pun berkumandang, berdasarkan pertanyaan kepada sahabat2 yang berwarganegerikan, Terengganu mengatakan terdapat sebuah masjid disekitar ini iaitu “Masjid Putih”….mereka sudah memberitahu lokasinya, tetapi ana masih tidak dapat  mengecam, mungkin kerana keadaan yang gelap…orang yang menunggu disitu juga turut menghilang pulang ke rumah. Ini membuatkan perasaan ana makin tidak senang..Ya Allah, hambaMu ini berlindung pada Mu dari segala malapetaka, berikanlah aku jalan dan petunjukMu  ya Allah…..ana membuat panggilan untuk kali yang ke berapa dan Alhamdulillah dapat, “kak yang, kak cik  sampa doh nie, ade depang 7 E, dop subuh ag nie..ingat nok g masjid puteh nu, tapi dop tahu jalang”……”kak cik, cube negok surau alik atas tu bukok ke dop, g solat denu dulu, tekgi kak yang g”……”tapi kak yang, kak cik takot nok g sorang, beg2 ni guane, gelap jah supe xde orang, kak yang, sejid putih tu alik mane? “……pertanyaan yang ana berikan..setelah dapat mengagak kedudukan masjid tersebut, ana memutuskan talian. 

Kak yang mengatakan mungkin agak lewat dia datang. Ana jenguk tingkat atas..memang gelap keadaannya, dan agak jauh…tidak berani pulak ana hendak pergi…mengenangkan yang ana belum lagi menunaikan solat subuh, ana bertekad untuk meredah hujan mencari masjid tersebut. “dop leh jadi nie, kene g gop…..xkn nok duduk cnie jah”……dengan lafaz “Bismillahirrahmanirrahim”, ana melangkah menyeberangi jalan dan bergerak ke arah bangunan KFC, menurut kak yang itu petanda untuk ke masjid tersebut….sayup2 kedengaran kuliyyah subuh yang diberikan oleh imam…ini membuatkan ana semakin berani dan yakin untuk pergi..ya kali ini benar2 ana rasakan yang ana hanya ada Allah dan kepada Allah ana serahkan segalanya. Suasana gelap dan sunyi menambahkan lagi debaran….dalam hati ini tidak henti menyebut nama Allah….sebaik sahaja sampai di selekoh ana memandang ke arah kanan, keadaan yang agak menakutkan..ana berhenti seketika dan memerhati keadaan sekeliling........ 

to be continued..............=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...