BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Bismillah

~ Jalan MUJAHADAH itu pahit....kerana SYURGA itu manis......~

Sunday, December 6, 2009

~ya ukhti!~



" perempuan yg suci adalah perempuan yang dijaga oleh Allah, tidak sedikit pun Allah membenarkan mana2 lelaki menyentuh dirinya mahupun hatinya,...kerana Allah teramat mencintainya"...

"tetapi andai kita bergelumang dengan cinta lelaki, di manakah Allah untuk menjaga kita?..Allah seperti melepaskan kita kepada seorang manusia yang lebih banyak mengecewakan kita.."

" Jika Allah mendatangkan kesedaran dalam diri supaya meninggalkan cinta seorang lelaki, bermakna Allah mahu ambil kita untuk dijagaNya. Mengapa masih ragu2??"

"kekuatan usah ditunggu. tetapi dicari...hargailah di atas kesempatan yang Allah berikan..."

" Sebesar2 dosa adalah dosa yang kita lakukan ketika kita merasa berdosa melakukannya"...(imam Ghazali)


ukhti,

aku bangga melihatmu menderita dalam
perjuangan...
dari melihatmu gembira dalam
kelalaian....

ukhti,

aku bangga mendengar tangisanmu
kerana pengorbanan...
dari melihat tawamu dalam pengkhianatan....
aku bangga andai kau mati di
medan kebenaran....
dari hidup dalam kesesatan..
kerana jangan lupa ukhti ku sayang...

muliamu bukan kerana pada pangkat dan harta..
tapi kerana ISLAM...

Thursday, December 3, 2009

~WAKE UP MUSLIM!!!~







  • Pada 16 sept 1982 satu unit tentera Phalangist yang didalangi oleh tentera Israel telah menyerang khemah pelarian Palestin di sabra dan shatila berhampiran bandar Beirut. Dalam tempoh 40 jam kemudian seramai 800 org (mengikut sumber rasmi israel) dan 3500 org (mengikut siasatan wartawan yahudi, kapeliouk) termasuk wanita dan kanak dibunuh dengan kejam.

  • seorang warga Palestin yang terselamat daripada kekejaman tentera Israel itu menceritakan pengalaman menyaksikan kekejaman tentera Israel. Nohad Srour,35, yang terselamat telah menceritakan dalam Lebanese Daily Star, sept 1998: " ketika serangan itu berlaku, saya sedang mendukung adik kandung perempuan yang berusia setahun yang sedang menangis sambil memanggil "mama, mama, mama!". Tiba-tiba tangisannya terhenti. Saya mendapati otaknya terkeluar daripada kepala dan terus jatuh ke tangan saya. Pada masa yang sama, saya memandang tajam ke arah orang yang menembaknya. Wajahnya tidak akan saya lupakan. Namun, pandangan geram itu tidak kekal lama kerana dua butir peluru telah menembusi bahu dan jari saya. saya terjatuh dan pura-pura mati."

  • sehari sebelum peperangan itu, tentera Israel telah mengepung kedua-dua perkhemahan dan menutupnya dari dunia luar. Memerhatikan peristiwa yag berlaku pada 16, 17, dan 18 sept, mangsa yang terselamat telah berusaha bertahun-tahun untuk membawa Perdana menteri Israel, Ariel Sharon ke mahkamah antarabangsa di Belgium. Pada 26 Jun 2002, mahkamah telah membuang kes dakwaan ke atas Ariel Sharon yang ketika pembunuhan itu berlaku memegang jawatan menteri pertahanan Israel.

  • Dalam New York Time, 7 dis 1983, diceritakan di samping ditembak mati, orang-orang Palestin itu diseksa sebelum dibunuh. Mereka dipukul dengan kejam, kaki mereka diikat dengan wayar elektrik, mata mereka dicungkil, perempuan diperkosa berkali-kali dan kanak-kanak diletupkan hidup-hidup.

p/s: tidak cukup lagikah wahai umat islam??? sedarlah!! bangunlah!!! kembalikan kegemilangan islam!!! Allah tidak akan merubah nasib sesuatu umat itu melainkan umat itu sendiri yang mengubahnya...wahai anak adam...wahai pengikut Rasulullah s.a.w....wahai hamba Allah....saudara kita sedang ditindas disana..apa pertolongan yang kita lakukan???? ingat..islam pernah menguasai 2/3 dunia...marilah kita merampas kembali hak kita..Allahuakbar!!!!






Thursday, September 3, 2009

~Wanita..~



seindah mawar berduri..

aromamu harum mewangi..

namun berpagarkan duri..

demi mempertahankan hakikat keindahan..


kalau tidak ada cinta insani untukmu..

cukuplah cinta Allah menjadi penyuluh hidupmu..

kelak akan ada cinta untukmu dari insan yang mencintai Allah..

sebagaimana cintamu terhadap-Nya

Wednesday, September 2, 2009

~Kepiluan Rasulullah ditinggal Khadijah~

khadijah adalah orang pertama yang menyatakan bahawa sang Maha Pencipta adalah Allah dan bahawa Muhammad adalah utusan-Nya. Keagungan dan kehormatan sebagai orang yang pertama kali beriman di seluruh dunia adalah miliknya yang abadi.


Ketika islam mengalami tekanan yang berat dai musuh-musuhnya, Khadijah mengorbankan kesenangan, kekayaan dan rumahnya untuk islam, dan kini tampak bahawa ia pun mengorbankan hidupnya. Tidak diragukan lagi bahawa jika selama ini ia tetap tinggal dirumahnya yang megah di Makkah, dan dikelilingi oleh pelayan-pelayannya, pasti ia akan masih hidup bertahun-tahun lagi. Namun, ia memilih untuk tetap tinggal bersama suami dan keluarganya, dan berbagai kepahitan hidup bersama mereka.

walaupun berbagai keperitan hidup yang dilaluinya, ia tidak pernah mengeluh kepada suaminya tentang semua itu. Keadaan yang serba kekurangan tidak pernah membuatnya bersedih. Sikap inilah yang menjadi sumber kebahagiaan, keberanian dan kekuatan yang tidak habis-habisnya bagi suami selama masa yang paling kritikal dalam kehidupannya.

selama masa-masa peperangan, Khadijah menggunakan semua harta kekayaannya untuk segala keperluan-keperluan. Ketika ia kembali ke rumahnya, ia sudah tidak mempunyai apa-apa lagi, dan pada saat wafatnya, tidak mempunyai wang sekalipun untuk membeli kain kapan. Jubah suaminyalah yang digunakan sebagai kafannya dan dengan itulah ia dikuburkan.

Muhammad Al-Musthafa tidak pernah mengambil isteri lain selama Khadijah masih hidup. Selama 24 tahun masa perkahwinan mereka, suami Khadijah yang masih muda itu tidak mahu menjalani hak polgigami dek kerana kelembutan khadijah yang juga tidak pernah menyakiti Baginda. Setelah kematiannya, Rasulullah menempatkannya dalam kelompok 4 wanita sempurna, iaitu bersama-sama isteri Firaun, ibu Nabi Isa dan Fatimah, puteri mereka.

Untuk selamanya, Rasulullah mengingat khadijah dengan penuh kasih sayang, rasa syukur dan cinta. Selama Khadijah sakit, Rasulullah selalu berjaga di malam hari untuk merawat, menghibur dan berdoa untuknya. Baginda mengatakan kepada isterinya bahawa Allah telah menjanjikan kebahagian yang abadi untuknya dan telah membangunkan untuknya sebuah istana yang berhias mutiara di syurga. Menjelang pagi, tubuhnya tidak dapat lagi menahan serangan demam. jiwanya yang suci dan mulia telah meninggalkan bumi ini menuju ke syurga. kematiannya membuatkan Baginda sangat berdukacita.

Khadijah meninggal pada tanggal 10 Ramadhan tahun kesepuluh islam. Khadijah di kuburkan di Hujun di atas Makkah. Nabi Muhammad sendiri yang turun ke dalam liang kubur untuk membaringkan jenazah Khadijah. Lalu Baginda membantu orang lain membaringkan jenazah tersebut. setelah selesai, baginda meratakan tanah di atas kuburan itu.

Demikianlah, Khadijah, wanita pertama yang beriman kepada keesaan Allah, meninggal dunia. Semoga kedamaian selalu menyertai khadijah yang pernah mendapat salam dari Allah SWT.


petikan daripada buku '2002 duka', Muhammad Isa Selamat

~Bulan Ramadhan Bulan Mulia~



Alhamdulillah..setelah rejab, syaaban kini ramadhan muncul kembali..
sebagai bulan yang penuh dengan keberkatan dan dinantikan oleh umat islam terutamanya yg mengabdikan diri kepada Tuhannya..

Puasa adalah rukun islam, dan wajib ditunaikan oleh seluruh umat islam, seperti firman Allah s.w.t:

Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa" (Surah al-Baqarah: 183).

Rasulullah s.a.w juga pernah bersabda :

"Hai manusia! Telah datang kepada kamu satu bulan yang mulia, bulan rahmat... dimana bulan ini mewajibkan kamu berpuasa di siang hari dan sukarela bersolat pada malamnya. Barangsiapa yang mendekati Allah dengan melakukan segala amalan sunat di bulan ini akan menerima ganjaran seperti melakukan amalan wajib di lain hari. Ini merupakan bulan kesabaran dan kesabaran itu imbuhannya syurga. Ini juga bulan sedekah dan bulan dimana rezeki orang beriman bertambah..." (Diriwayatkan Ibn Khuzaymah).


Adakah kita umat islam, yakni umat Nabi Muhammad s.a.w mengetahui dengan sebenar-benarnya erti puasa itu? Atau hanya sebagai adat turun temurun yang dilakukan oleh nenek moyang kita? Bagi orang yg beriman, berpuasa mejadi satu peluang keemasan dan kesempatan ini dimanfaatkan untuk mendekatkan diri kepada Allah. Mereka akan melaksanakan perintah-Nya dengan bersabar menahan lapar dan dahaga sepanjang hari sebagai bukti menuntut keredhaan Allah. Oleh kerana itulah golongan ini meraikan bulan ini dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan. Malah bg orang Arab sendiri, mereka lebih meraikan kedatangan Ramadhan sebagaimana kita meraikan kedatangan Syawal..subhanAllah...


Oleh itu marilah sama-sama kita berpuasa dengan seikhlas-ikhlasnya. Janganlah kita hanya berpuasa kerana ikut orang lain berpuasa, kerana bapa kita berpuasa atau sahabat kita berpuasa. Hayatilah kelebihan berpuasa, agar kita sempurna di dunia dan di akhirat.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...