BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Bismillah

~ Jalan MUJAHADAH itu pahit....kerana SYURGA itu manis......~

Wednesday, September 2, 2009

~Bulan Ramadhan Bulan Mulia~



Alhamdulillah..setelah rejab, syaaban kini ramadhan muncul kembali..
sebagai bulan yang penuh dengan keberkatan dan dinantikan oleh umat islam terutamanya yg mengabdikan diri kepada Tuhannya..

Puasa adalah rukun islam, dan wajib ditunaikan oleh seluruh umat islam, seperti firman Allah s.w.t:

Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa" (Surah al-Baqarah: 183).

Rasulullah s.a.w juga pernah bersabda :

"Hai manusia! Telah datang kepada kamu satu bulan yang mulia, bulan rahmat... dimana bulan ini mewajibkan kamu berpuasa di siang hari dan sukarela bersolat pada malamnya. Barangsiapa yang mendekati Allah dengan melakukan segala amalan sunat di bulan ini akan menerima ganjaran seperti melakukan amalan wajib di lain hari. Ini merupakan bulan kesabaran dan kesabaran itu imbuhannya syurga. Ini juga bulan sedekah dan bulan dimana rezeki orang beriman bertambah..." (Diriwayatkan Ibn Khuzaymah).


Adakah kita umat islam, yakni umat Nabi Muhammad s.a.w mengetahui dengan sebenar-benarnya erti puasa itu? Atau hanya sebagai adat turun temurun yang dilakukan oleh nenek moyang kita? Bagi orang yg beriman, berpuasa mejadi satu peluang keemasan dan kesempatan ini dimanfaatkan untuk mendekatkan diri kepada Allah. Mereka akan melaksanakan perintah-Nya dengan bersabar menahan lapar dan dahaga sepanjang hari sebagai bukti menuntut keredhaan Allah. Oleh kerana itulah golongan ini meraikan bulan ini dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan. Malah bg orang Arab sendiri, mereka lebih meraikan kedatangan Ramadhan sebagaimana kita meraikan kedatangan Syawal..subhanAllah...


Oleh itu marilah sama-sama kita berpuasa dengan seikhlas-ikhlasnya. Janganlah kita hanya berpuasa kerana ikut orang lain berpuasa, kerana bapa kita berpuasa atau sahabat kita berpuasa. Hayatilah kelebihan berpuasa, agar kita sempurna di dunia dan di akhirat.


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...