BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Bismillah

~ Jalan MUJAHADAH itu pahit....kerana SYURGA itu manis......~

Friday, August 27, 2010

~ Buat Sahabat Seperjuangan~

Add caption
Assalamualaikum....salam mujahadah..alhamdulillah..diberi kesempatan oleh Allah untuk bernaung dan menggunakan nikmat yg dianugerahkan olehNya.....Nikmat yg hanyalah pinjaman semata2....alhamdulillah dah masuk 17 ramadhan 1431H....terasa pantas masa berlalu...terasa cepat ramadhan berlalu....terasa baru semalam anak bulan ramdhan menjenguk.....

Allah...belum pun habis ramadhan tahun nie..ana dah merindui ramadhan yg akan datang....adakah Allah masih memberikan kesempatan waktu untuk ana...untuk antum untuk merasai kemanisan ramadhan yg akan datang....merinduinya sahaja tidak cukup..tetapi bagaimana kita mengisi ramadhan yg merupakan bulan rahmat Allah kepada hamba2 Nya...

adakah kita sudah mencapai target? atau kita hanya sekadar menahan lapar dan dahaga tanpa mempelajari apa...sebagai hamba Allah yg lemah..sudah semestinya Allah akan menguji kita..untuk melihat tahap kecintaan kita kepadaNya....mari kita tanyakan kedalam hati kita sendiri...sudah ada kah cinta Allah dalam hati kita?? sudah hadirkan Allah dalam hati kita?? 

Dimanakah Dia dihati kita??? sukar rasenya utk menjawab persoalan itu bukan?? ana sendiri juga terasa berat dengan persoalan itu......jika dilihat dengan kehidupan kita sekarang..yg hanya berlumba2 mencari cinta makhluk....cinta insani....sanggup berkorban apa sahaja...semata2 demi cinta palsu yg jika tidak disulami dengan redha Allah boleh menjerat kita ke neraka Allah...nauzubillah......inilah masanya....inilah ketikanya wahai sahabat2 ku ..kita kembali kepada Allah...hnya dengan kembali kepadanya sajalah kita akan menemui jawapannya....renungkanlah kembali mengapa kita yg dipilih oleh Allah utk hidup ddunia yg fana ini, dan apakah tujuan kita.....firman Allah swt : "sekiranya hambaKu bertanya kpdmu (wahai Muhammad) mengenai Aku, sesungguhnya Aku amat dekat.." (Al-Baqarah : 186).....sebenarnya kita tidak sedar....kasih dan cinta Allah kepada kita..melebihi segala yg ada dimuka bumi ini...tetapi mengapa kita masih tidak bersyukur...

suka ana untk ambil sdikit petikan daripada karya Pahrol mohd Juoi : Di mana Dia Dihatiku.....
" kalau kau tanyakan pada ku , Adakah Dia di hatimu?....Aku hanya mampu menjawab, " Aku seorang insan yg sedang bermujahadah agar ada Dia dihatiku. Aku belum smpai tahap ke mencintaiNya tetapi aku yakin aku telah memulakan langkah utk mencintaiNya"..."jesteru kerana belum ada Dia dihatiku, hidupku belum bahagia, belum tenang dan belum sejahtera. Aku akan terus mencari. Aku yakin Allah itu dekat, pintu keampunanNya lebih luas daripada pintu kemurkaanNya. Selangkah aku mendekat, seribu langkah Dia Merapat. Dan akhirnya, aku yakin ..suatu saat nanti, akan ada Dia Dihatiku dan dihatimu jua..."....itu adalah kata2 penulis dan harapannya..bagaimana pula jawapan kita? jawapan ana sendiri....


"Ana abdullahi walan yudhi'ani - Aku hamba ALLAH, Dia tidak akan mengecewaknku..."


 ‎"Allahumma innaka 'afuwwun karrimun tuhibbul 'afwa fa'fu anna...."


p/s : 

" Jalan MUJAHADAH itu PAHIT....kerana SYURGA itu MANIS......"

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...