BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Bismillah

~ Jalan MUJAHADAH itu pahit....kerana SYURGA itu manis......~

Saturday, August 14, 2010

~C.I.N.T.A~



Setiap individu yang berperasaan pasti akan merasai cinta dan mencintai sesuatu. Cinta adalah perasaan halus yang dimiliki hati setiap insan, dan tidak dapat dipisahkan dalam
kehidupan seharian. Dalam Islam, cinta merupakan perkara utama dalam kehidupan dunia dan akhirat. Ini kerana Islam sendiri merupakan agama yang berasaskan cinta.

Sabda Rasullulah s.a.w.: "Tiga perkara yang apabila terdapat pada diri seseorang maka ia
akan  mendapat  manisnya iman, yakni: Allah dan Rasul-Nya   lebih ia cintai daripada   yang  lain; mencintai  seseorang  hanya kerana Allah, dan benci   untuk  kembali  kepada  kekafiran  sebagaimana ia tidak suka dilemparkan ke dalam neraka" (HR. Bukhari dan Muslim)
 
Oleh yang demikian, Islam menyeru kepada cinta, iaitu cinta kepada Allah, cinta kepada Rasulullah, cinta kepada agama, cinta kepada akidah, juga cinta kepada makhluk,sepertimana Allah menjadikan kecintaan suami isteri sebagai sebahagian tanda dan bukti kekuasaanNya. 

FirmanNya: "Dan di antara tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakanuntukmu  isteri-isteri  dari  kalangan  kamu sendiri, supaya  kamu dapat   hidup  tenang  bersama  mereka. Dan  dijadikanNya  cinta  kasih sayang  antara  kamu. Sesungguhnya, yang demikian itu tanda bagi orang yang berfikir." (Ar-Rum: 21)
 
Bagaimana perasaan ketakutan, keraguan dan sukar mengambil atau membuat keputusan ini wujud dalam diri seseorang? Ketakutan membuat keputusan ini sebenarnya telah menjadi sebahagian daripada kita tanpa disedari. Perasaan ini adakalanya tersembunyi disebalik alam bawah sedar kita dan ini amat menyulitkan kita untuk mengesan dan mengatasinya.

Jelaslah bahawa cinta adalah tanda kehidupan rohani dalam akidah orang mukmin, sama ada dalam kehidupan beragama, bersosial, mahupun kepercayaan. Selain itu, iman dalam Islam ditegakkan berdasarkan cinta dan kasih sayang. Rasulullah saw bersabda: "Demi Dzatyang diriku ada di tanganNya, kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman, dan kamu tidak akan beriman dengan sempurna hingga kamu saling mencintai. Hendakkah aku
tunjukkan kalian kepada sesuatu yang jika kalian lakukan kalian akan saling mencintai?
 
Sebarkanlah salam di antara kalian." (HR Muslim)

Dalam hadis di atas, Rasullulah s.a.w. menegaskan bahawa jalan menuju ke syurga bergantung kepada iman, dan iman bergantung kepada cinta. Maka cinta adalah syarat dalam iman, rukun dalam akidah dan asas dalam agama. Ia adalah penunjuk kearah mendidik jiwa, membersihkan akhlak, membersih serta melindungi diri daripada dosa2. Cinta juga dapat membimbing jiwa agar bersinar cemerlang, penuh dengan perasaan cinta dan mencintai...

Sayangnya dalam konteks hari ini, cinta yang lahir sarat hawa nafsu dan menyimpang daripada matlamat yang murni. Saban hari kita didodoikan dengan lagu cinta dan
dipertontonkan kisah cinta yang menghanyutkan kita ke dunia khayalan yang merugikan.Malah ramai yang menyalahertikan makna sebenar cinta, sehingga terdorong melampaui batas pergaulan dan tatasusila seorang mukmin....

Jangan bataskan cinta kita kepada manusia, kepada makhluk, kerana sesungguhnya cinta kepada makhluk tidak akan kekal. Peganglah janji Allah, " wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik". Sebelum kita inginkan yang baik daripada Allah, kita perlu memperbaiki diri, letakkan cinta dan pengharapan kita sepenuhnya kepada Allah, kerana Dia lah yang mengaturkan segalanya dan kepadaNya jua tempat kita kembali....

Oleh yang demikian, renungilah sebentar hakikat kehidupan kita di sini. Sabda Rasullulah s.a.w.: "Tidak sempurna iman salah seorang dari kamu sehingga ia mencintai saudaranya
seperti ia mencintai diri sendiri." Juga sabda Rasulullah lagi, "Barang siapa ingin mendapatkan manisnya iman, maka hendaklah ia mencintai orang lain kerana Allah."(HR
Hakim dari Abu Hurairah). 
 
"Ya Allah, ampunilah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, serta seluruh kaum muslimin dan muslimat, Ya Allah, peliharalah hati kami dari melakukan kemungkaran kepadamu, semaikanlah dalam hati2 kami iman dan perasaan cinta kepadaMu, kerana tiada lain yang kami harapkan hanya keredhaan Mu, Ya Allah, kurniakanlah kepada kami suami dan isteri yang soleh dan solehah, kurniakanlah kepada kami zuriat yang soleh dan solehah, berikan kami kekuatan Ya Allah untuk menempuh segala dugaan yang datang daripada Mu, jadikanlah kami orang2 yang bersyukur.......ameen2 ya rabbal 'alamin...... "

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...